Khamis, 26 Ogos 2021

DIPLOMA SAINS MATEMATIK : BELAJAR SUBJEK APA SEMESTER 2?

 

Kembali kita dalam blog yang sama tapi lain topik! Semester 2? Belajar apa? Lagi susah ke?
Takutnyaaa nak masuk semester 2. 

Sabar sabar, kita kupaskan satu satu setiap subjek yang ada dalam semester 2 ni okay?

Jap sebelum tu dekat bawah ni, dah attachkan subjek yang korang belajar masa semester 2 tau, untuk rujukan ngehehe. 



Okay dah settle bab tu. Jom kita start dengan setiap subjek. 


👉 CTU152  - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 

 

Untuk semester kedua subjek ini akan lebih fokus kepada peradaban dan tamadun islam. Subjek ni merupakan subjek teras yang perlu diambil oleh semua pelajar beragama Islam. Sama macam semester 1, subjek agama Islam tapi lain topik. Data ni dari 2020 tau, kitorang tak pasti kalau kalau dah ada pertukaran dari segi konteks silibus atau dari segi lain, kalau dah tukar, comment kat bawah tau. Boleh kitorang update baru supaya sentiasa fresh untuk student student yang nak masuk course ni. 

 Dalam subjek ni, ada 3 tugasan yang korang kena siapkan and ada 1 jeee final exam which dalam anggaran week 14 macam tu. Tak susah sebab semua pun dah belajar, cuma kita refresh balik jee. 

Okay yang pertama ni kertas kerja which is secara berkumpulan tau. Tajuk assignment kita tu pulak bergantung dengan lecturer masing masing, kalau macam kitorang, ustazah yang tetapkan. Kena pula masa itu kumpulan kami dapat tajuk Cabaran Sekularisme. Bagi kami tajuk itu agak sukar sebab banyak pendapat yang kami lihat. Jadi kami sukar untuk membuat keputusan. Tapi dengan jasa baik ustazah yang ajar kami, jadi kami dapat menyiapkan tugas tersebut.

Yang kedua pun sama jugak dalam kumpulan, selalunya ahli kumpulan yang sama dengan kertas kerja. Untuk analisis ayat sama je macam kertas kerja dekat atas, beza dia yang kertas kerja dekat atas tu pilih tajuk dari apa yang kita belajar, analisis ayat ni pulak ustazah bagi pilihan untuk kita pilih dan kaji pasal ayat tu.

Ketiga ni ada kena buat video sikit la, video presentation. Biasalah dah pandemik ni, video je la mampu hantar untuk assignment. Tapi kalau ustaz/ustazah korang kasi nak buat live presentation pun boleh je tau. Untuk pembentangan video kami perlu membentangkan tajuk kertas kerja kami dan dinilai oleh ustazah sendiri.

Last sekali yang final exam, test. Untuk test ni pulak jawab online jugak, biasanya dalam google form. Sekali je dalam satu sem tu jawab test. Tapi sebab subjek ni kan berkaitan kehidupan kita jugak so takde susah mana pun.

 

👉 ELC151 - INTEGRATED LANGUAGE SKILLS II 

 

Subjek ni merupakan subjek teras dan wajib diambil oleh para pelajar. Sebenarnya ia lebih kurang sama dengan apa yang kita belajar semasa semester 1 tetapi ada kelainan sedikit. Seingat saya, penilaian dia lebih kurang sama je dengan ELC yang sebelum ni. Cuma ada sedikit tambahan. Walaupun kelas secara online, kelas ELC ini adalah kelas untuk kami semua hilangkan stress sebab pensyarah kami amatlah baik. Subjek ELC ini secara tak langsung melatih kita untuk bersedia menghadapi MUET. Subjek ini pun tidaklah memberi tekanan yang kuat cuma ia melatih diri kita untuk menonjolkan diri dan bercakap dalam bahasa inggeris.

Assessment yang ada dalam subjek ini ialah Listening Test, Personal Reading Log, Speaking Test dan Reading Test.

Untuk Listening Test, ini lebih kepada menguji pendengaran kita sama ada kita peka atau tidak. Malah ada soalan yang perlu dijawab melalui penilaian ini.

Personal Reading Log, penilaian ini ada 2 set soalan yang perlu dijawab. Pensyarah akan memberi cerita pendek atau karangan. Jadi daripada itu kita perlu ringkaskan berdasarkan soalan yang akan diberi serta mengikut kefahaman kita. Jangan risau,pastinya pensyarah akan memberikan tunjuk ajar kepada kita cara untuk menjawab PRL itu nanti.

Untuk Speaking Test pulak, penilaian ini dijalankan secara berkumpulan. Disebabkan kami ODL jadi kami menggunakan medium Whatsapp untuk membuat penilaian ini.

Last sekali ada Reading Test. Penilaian ini adalah seperti kita menjawab soalan COMPREHENSION semasa SPM dulu.

 



👉 CSC128 - FUNDAMENTAL OF COMPUTER PROBLEM SOLVING 

 

AWAS,SUBJEK WAJIB SCORE! Untuk subjek ni, boleh disimpulkan yang kita akan belajar adalah cara-cara untuk buat “programming” dengan menggunakan software C++ sahaja. Kepada mereka yang mengambil aliran SAINS KOMPUTER semasa di sekolah menengah amatlah bertuah. Sebab apa? Mereka sekurang-kurangnya dah terbiasa untuk buat “coding” dan mengenali beberapa fungsi bahasa yang digunakan untuk subjek ini. Tetapi pada mereka yang tidak mengambil aliran ini jangan mudah mengalah walaupun pada awalnya agak tercengang. Sekiranya chapter 2 belum faham lagi, agak susah untuk ke topik seterusnya kerana semua topik berkaitan. Jadi perlahan-lahan untuk fahamkan konsep programming ini. Pada mulanya memang agak keliru sekiranya pelajar tidak pernah menggunakan C++ atau tidak pernah belajar subjek sains computer di sekolah dahulu. Seperti saya, saya pun ‘struggle’ untuk memahaminya jadi sentiasa rujuk pensyarah atau tanya pada rakan-rakan.

Pensyarah kami selalu akan memberikan video serta tunjuk ajar agar kami faham subjek tersebut.Malah, beliau juga tidak lupa untuk memberikan latihan di akhir pembelajaran agar kami mempraktikkannya. Walaupun kadang-kadang bila semangat buat coding tiba masanya nak RUN ada keluar ERROR. Boleh hilang mood tu. YANG PENTING, JANGAN MUDAH MENGALAH!! Rajinkan diri untuk bertanya kawan dan pensyarah kita. Subjek ini nak lulus senang, tapi kena rajin buat latihan coding supaya kita tahu fungsi dan di mana kesalahan kita.

Assessment yang ada dalam subjek ni ada tiga. Mini Project, Test dengan Quiz.

Mini Project ni apa? Project Proposal. Untuk assignment ini, dalam kumpulan, kami perlu membuat satu proposal untuk mencipta satu program servis bagi memudahkan manusia. Untuk kumpulan saya, kami membuat satu program iaitu ‘Library Booking System’. Sistem ini untuk kegunaan pensyarah dan pelajar untuk menempah kemudahan yang ada bagi sesi pembelajaran. Bagi menyiapkan assignment ini, kami perlu menggunakan segala ajaran yang telah diajar oleh pensyarah kami.

Quiz ni macam biasa. Ikut pada lecturer jugak, kadang kadang ada mcq kadang kadang takde. Tapi mostly suruh buat full C++.

Test ni pun sekali je sepanjang sem, yang lain banyak quiz je. Tapi test ni bagitahu awal awal memang tak cukup masa hahaha. Tapi kalau buat tu jangan risau dah tulisan, habiskan je soalan.

 

👉 ECO12 - PRINCIPLE OF ECONOMY 

 


Jangan terkejut! Ambil sains matematik tapi kenapa belajar ekonomi? Subjek ini adalah subjek yang melibatkan diri kita untuk membaca. Sebab apa saya kata begitu sebab subjek ini kalau nak faham dengan lebih mendalam memang kena baca. Sesiapa yang ulat buku tu mesti suka. Banyak tak banyak la topik dia. Huish!! Mengeluh habis bila tahu topik banyak ni. Bukan setakat itu je bukunya pun tebal tau. Sebab ekonomi ni banyak topik yang kita nak kena belajar. Siapa yang suka tentang perkembangan ekonomi mesti suka sebab banyak ilmu yang akan dikupas dan secara tak langsung juga banyak pengetahuan yang kita perolehi.

Untuk subjek ni juga ada assignment yang perlu dibuat. Assignment yang perlu disiapkan adalah berbentuk video dan laporan ekonomi terhadap sesebuah negara. Masa itu pula kumpulan saya dapat tajuk negara United States. Huish dapat pulak tajuk negara antarabangsa yang hebat dalam ekonomi dunia memang kena banyakkan membaca demi sesuap  isi pada laporan nanti. Akan tetapi nak score subjek ini adalah sangat mudah tapi kena rajin. Rajin dari segi apa? Okay korang kena rajinkan diri buat soalan sem-sem lepas.Sebab bentuk soalan dia lebih kurang sama. Jangan risau subjek ini kita akan belajar asas dan teori sahaja kalau rajin buat latihan inshaallah boleh score.

Assessment yang ada dalam subjek ni ialah Video Presentation, Report Presentation dan Test.

Report Presentation ni, tajuk telah diberikan oleh pensyarah kami. Tajuk yang diberikan merupakan daripada tajuk yang telah kami belajar. Tajuk bagi video presentation dan report adalah sama.

Video presentation pulak sama je macam report tapi diolah dalam bentuk video. Direkod sahaja dan takde pun presentation secara online. So chill chill je. Yang penting, rajin membaca.

Test ni sama macam yang lain jugak. Ada mcq dengan struktur.

 

👉 ACC106 - INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING 

 


Ehh kenapa tiba-tiba kena belajar akaun ni! Sudahlah lama saya tinggalkan akaun ni, seingat saya kali terakhir saya belajar subjek ini adalah masa tingkatan 3 dulu. Itupun masih keliru mana kredit, mana debit. hehehe. Okay kita lupakan tentang itu, kita buka lembaran baru dengan usaha yang baru. Untuk subjek ini, kita perlu memahami konsep asas bagi memudahkan kita untuk faham apabila masuk ke chapter seterusnya.

Tapi bila fikir balik betapa bersyukurnya kepada mereka yang mengambil aliran akaun sewaktu SPM dulu. Sebab apa saya kata begitu sebab mereka ini sudah mengenali topik-topik ini. Jadi bagi mereka adalah semudah kacang hijau je ni nak lulus subjek ini. Oops! Kita jangan mudah mengalah! Kita pun boleh lulus sama seperti mereka. Bagi yang tidak pernah ambik subjek ni, perlu focus betul-betul apabila diajar oleh pensyarah agar tidak ketinggalan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memahaminya.

Assessment yang ada dalam subjek ni Quiz, test dengan Project.

Quiz ni ikut pensyarah jugak, kadang ikut bab, kadang ada yang saja saja buat quiz ikut yang mana topik yang tak berapa paham.

Test ni macam biasa, ada struktur ada mcq. Yang paling nak kena focus dengan SOFP SOPL sebab banyak markah kat situ. Sama macam CSC128 tadi, biar je tulisan tu, balance tak balance belakang kira! HAHAHAHA 

Untuk project ni bagi lah dapat markah penuh. InshaAllah boleh. Assignment untuk subjek ini adalah secara berkumpulan. Di mana kami dikehendaki untuk membuat satu laporan akaun bagi sesebuah syarikat. Alhamdulillah dengan kerjasama ahli kumpulan kami dapat harungi cabaran menyiapkannya dengan baik. Jangan risau subjek ini senang nak lulus, banyakkan buat latihan dan rujuklah kawan-kawan. Yakin pada diri bahawa kamu boleh buat.




👉 MAT183 - CALCULUS I 


Ramai orang kata subjek ini susah. Dengar je perkataan CALCULUS, mengeluh. Jangan dengar cakap orang, dalam hidup ini kalau nak berjaya memang banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Subjek ini adalah sambungan dari subjek Precalculus. Apabila berada di semester 2 kita akan belajar Calculus I. Untuk subjek ini ada 5 bab, nampak sedikit. Tapi dia mempunyai anak-anak yang banyak yang terkandung pada setiap bab. FUHH!!

Assessment yang ada dalam subjek ini ada tiga je, Video Presentation, Lab Report Assignment dengan Test.

Video presentation ni biasanya dalam chapter differentiation dengan integration. Dekat youtube pun banyak je kalau nak buat rujukan. Tapiiii rujukan je eh, rujukan jeeee.

Lab report assignment. Yang ni pulak nanti lecturer kasi satu task la macamtu lepastu kita kena selesaikan guna aplikasi macam Symbolab.

Test pulak macam biasee, soalan macam addmath biaseeeee, jawab pastu hantorrr settle.

Boleh disimpulkan Calculus ini adalah seperti Matematik Tambahan semasa di sekolah menengah.   Jangan takut !! Ia tidak susah seperti yang anda fikirkan. Jika anda rajin buat latihan ataupun soalan sem-sem lepas. Saya boleh jamin anda akan lulus malah boleh dapat A+ nanti.  Jangan mudah putus asa, teruskan usaha dan jangan lupa berdoa pada tuhan agar dilapangkan minda kita untuk menerima ilmu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadiii, habislaaa topik kita untuk kalini iaitu untuk semester 2. Haa korang ada nak tanya apa apa ke? Kalau ada comment je kat bawah. Nanti kitorang balas. 

Last but not least, masuk semester 2 ni kalau online jugak, sejujurnya kalau untuk sendiri memang koyak mental. Tapii, jangan jadikan alasan tau korang takboleh fokus ke apa. Take a good rest. Takpe jeee nak rehat sekejap, taknak tengok buku sehari. Jangan paksa diri sebab kita taknak la korang stress haaaa nanti effect dekat markah exam. Just focus and stay hydrated. Asal otak jem je, minum air tau. Air masak! Haaaaa gitu. Goodluck untuk semester 2! Enjoy your Diploma life okie? Sehingga kita berjumpa lagi di lain blog. Byeeee semuaaa!

Selasa, 24 Ogos 2021

DIPLOMA SAINS MATEMATIK : BELAJAR SUBJEK APA SEMESTER 1?




Hai semuaaa! Jumpa lagi kita dalam blog ni. In Shaa Allah kita cuba explain satu per satu tentang Diploma Sains Matematik ni. 

Korang sihat? Haaa musim musim Covid ni jaga diri tau. Takpayah keluar rumah kalau takde urusan penting. Kita jaga kita gitu. 


Mesti korang tertanya-tanya setiap nama subject ni belajar apa? Kenapa ada yang tak pernah dengar pun? Nama macam susah jee.

Meh PERSIK tolong jawabkan persoalan yang bermain dalam minda korang. Kita mulakan dengan semester 1 dulu okay?

By the way, tinjauan ini dijawab oleh 2 mahasiswa yang berbeza tetapi kita gabungkan jadi satu supaya senang untuk baca okay? Okay jom.

 

Basically untuk semester 1, subjek yang diambil oleh semua mahasiswa adalah 5 subjek tidak termasuk kokurikulum. Kami sertakan setiap nama kod subjek supaya korang boleh buat rujukan okay?



👉 CTU101 – FUNDAMENTAL OF ISLAM

Ha kalau dah awal awal pun nama berkaitan dengan Islam, mestilah belajar pasal Islam kan? Jom tengok intipati dalam subjek ni.

Perkara yang saya belajar dari subjek CTU101 ni berkaitan Tasawwur Islam, Akidah Sejahtera Ummah Bahagia, Indahnya Hidup Bersyariat, Ibadah Membina Insan Berkualiti dan juga Akhlak dalam Perkembangan Masyarakat Islam Kontemporari.

Platform yang digunakan semasa ODL dirumah ialah platform Google Classroom iaitu tempat mendapat tugas dan juga assignment, Telegram untuk komunikasi dan Google Meet untuk setiap kali sesi kelas. Tapi bergantung juga tau dengan pensyarah masing-masing.

Tugas untuk CTU 101 ialah pada mulanya setiap pelajar perlu menghafal Surah Yaasin dari ayat 1 hingga ayat 20 secara individu, assignment secara berkumpulan iaitu berkaitan tajuk yang kita pelajari dalam silibus dan juga tugas akhir analisis hadis.

Kesimpulannya  untuk subjek ni tak sesusah mana sebab kita dah tahu asas berkaitan Islam. 


👉 ELC121 – INTEGRATED LANGUAGE SKILLS I

Nama macam gempak kan? Tapi belajar Bahasa Inggeris macam sekolah dulu. Cuma kalini macam lebih senang.

Dalam subjek ini mengandungi Part of Speech, Speaking, Listening, Skimming and Scanning, Articles, Contextual Clues, Cohesive Devices, Opinions and Closing Strategies, Pronunciation, Word Stress, Summary, Paraphrase, Simple Present Tense dan Present Continuous Tense. 

Walaupun nampak seperti banyak tapi semua ini akan mengajar kita cara membaca, bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan lebih efektif. Seperti pronunciation, speaking dan word stress yang mengajar kita cara menyebut ayat-ayat yang segelintir pelajar keliru cara menyebutnya.

Macam dah bagitahu dekat atas tadi, bergantung kepada lecturer nak guna platform apa. Kalau macam kitorang, kitorang guna Whatsapp group, Google Classroom dengan Zoom.

Assignment yang ada dalam subjek ni ada roleplay, LIRA, speaking test, listening test dan reading test. Ada yang secara individu dan ada juga secara berkumpulan. Overall subjek ni memang boleh nak score sebab kita dah belajar dari sekolah rendah. Focus tau, sebab nanti korang nak ambik MUET, belajarlah baik baik. Jangan takut nak tanya lecturer sebab lecturer baik baik dekat UiTM ni. 


👉MAT123 – FOUNDATION OF GEOMETRY

Ha nama dah geometri. Apa yang korang fikir pasal geometri? Bentuk? Luas? Isipadu? Betul la tu apa yang korang fikir.


Subjek ni salah satu subjek yang favourite sebab boleh score. Dalam subjek ni saya belajar berkaitan lines and angles, polygon, angles of triangle, quadrilateral, circle, solid geometry dan juga application of geometry . Semua topik ni kita boleh skor sebab kita belajar balik topik yang diajar semasa waktu Form 4 dan Form 5. Kita akan memahami tentang cara mengira luas dan isipadu sesebuah geometry dengan lebih mendalam. Dan subjek ini juga membolehkan kita mengira isipadu sesebuah bangunan dan keluasan sesebuah tapak.

Assignment untuk MAT123 ni saya dapat assignment secara berkumpulan, dimana perlu membuat report dan juga video berkaitan dengan application of geometry yang ada di sekeliling kita.

Kalau taktahu tanya je tau. Malu bertanya sesat jalan orang kata. Sebab subjek ni boleh tahan senang nak score, jadi jangan sia-siakan okay?


👉MAT133 – PRE CALCULUS

Haaa yang ni boleh tahan jugak orang takut dengar nama Calculus ni. Sabar, ni baru Pre Calculus. Permulaan untuk subjek Calculus.


Basically subject Calculus ni lebih kurang macam Addmath je tapi belajar lebih mendalam la macamtu. InshaAllah kalau korang dah mahir subjek Addmath, mesti boleh buat. Tapi kalau yang tak mahir sangat, kalau focus masa study bab ni kan, serious boleh jawab jugak.

Coordinates, Graphs and Lines, Functions, System of Equations and Inequalities dan Trigonometry. Ni tajuk yang korang akan belajar nanti. Dalam coordinates, graphs and lines, kita akan belajar mengenali jenis-jenis nombor dan graf dalam calculus. Kita juga akan belajar mengira titik-titik koordinat dalam sebuah plane atau graph. Functions pula kita akan belajar cara operations on function, solutions to equations dan logarithmatic and exponential functions dan juga transformation of graphs. System of equations and inequalities. Dalam bab ini kita akan belajar tentang sistem equations seperti system of linear equations dan system of non-linear equations. Dalam sistem inequalities kita akan mengetahui cara membuat graph inequalities dan mencari kawasan yang perlu dilorek. Akhir sekali, Trigonometry. Dalam bab ini pula kita akan belajar dengan lebih mendalam tentang sin, cos dan tan seperti circular measures dan graphs of trigonometric function.

Platform yang kitorang guna untuk subjek ni pulak Whatsapp, Google Meet tapi sekali je pernah hahaha lepastu Google Classroom untuk tengok bahan bahan yang pensyarah bekalkan. Jangan gelabah belajar math online.

Semua assesment secara individu mengikut plan assessment yang diberikan oleh pensyarah, contohnya assessment yang kena guna DESMOS, nanti korang belajar benda tu apa. Lepastu ada yang kena buat dalam group jugak.


👉STA111 – FUNDAMENTAL OF STATISTICS


Haa kalau berkaitan statistic mesti korang fikir pasal carta pie, carta palang and so on. Yes, belajar benda tu and ada lagi tajuk tajuk lain. Tapi korang jangan fikir STA111 ni kira kira data je tau, ada TEORI. Kena hafal sebab banyak jugak dia punya bahagian bahagian. Takpayah hafal pun takpe, fahamkan. Nanti mesti auto tahu nak jawab apa sebab dah faham. Sama jugak, lebih kurang macam addmath form 5, kira kira varians, standard deviation apa semua tu.

Subjek ini pun mempunyai beberapa bab iaitu Data, Describing Data Using Tables and Graphs, Numerical Descriptive Statistics dan Index Number. Subjek ini memfokuskan kepada cara membaca graf dan mengira dari data yang telah kita dapat dari graf tersebut. Kita juga akan mengetahui tentang graf-graf yang berbeza dan cara menggunakan graf tersebut. Ia juga memberi kita ilmu cara membuat graf dari data yang kita ada.

Platform yang digunakan oleh pensyarah untuk subjek ni Google Classroom, Whatsapp group dan juga Google Meet untuk bincang soalan dan assignment.

Tugas assignment yang dapat ialah tugasan individu dan juga berkumpulan. Contohnya macam korang kena buat survey untuk sekian sekian tajuk yang korang pilih and buat report. Simple je don’t worry okay peeps. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapat saya , semasa semester 1, subjek yang dipelajari tak terlalu susah kerana ada subjek yang kita ulang balik belajar dari sekolah menengah dan perasaan semasa semester 1 tu kita masih seronok dan mempunyai azam yang tinggi jadi , semangat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk semester 1 tu tinggi . Paling penting kena rajin. Jadi bagi saya semester 1 tiada masalah dan seronok belajar secara ODL dirumah walaupun kami tak berjumpa di dunia nyata hanya berjumpa di alam maya sahaja. Itu merupakan satu pengalaman yang lain daripada lain.

Untuk pelajar -pelajar baru yang nak ambik kos ni, jangan risau sebab kos ni sangat senang dan seronok untuk pelajar yang suka akan kira-kira sebab kebanyakkan dalam kos ni semua pasal number dan juga kod kod istimewa, jadi berseronoklah jika ambik kos ni! In Shaa Allah boleh skor. Kalau gagal itu biasa, terus berusaha itu baru luar biasa! Jadi don't give up walaupun apa yang terjadi. Teruskan usaha anda untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Assignments jangan last minute. Cuba cari masa untuk buat assignments yang lecturer bagi. Jangan juga lupa bertanya kalau tidak faham. Bak kata pepatah malu bertanya, sesat jalan.

So setakat itu jeee untuk semester 1. Goodluck and jangan cepat give up tau walaupun belajar online. Doakan kita semua dapat masuk kolej dan jumpa kawan kawan supaya boleh belajar sama sama.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay setakat tu jeee untuk kalini. Membantu tak untuk korang yang baru nak join Diploma Sains Matematik ni? Korang boleh balas tauu dekat comment tu. Nak tanya apa apa soalan pun boleh jeee. Nanti kita balas satu satu untuk korang. In Shaa Allah mudahkan urusan korang jugak supaya korang tak nervous nak masuk semester 1 nanti. Jumpa lagi nantiii byeeeee :)

CARA DROP COURSE