Khamis, 30 September 2021

CARA DROP COURSE

 

Haiii. Jumpa lagi ! Hahahahaha sama je intro. Iyeeee memang sama sebab hari yang sama buat! Muehehe.


Okay kalini nak share pasal DROP COURSE pulak. Drop course tu apa? Drop course tu macam korang salah ambik subjek then nak batalkan subjek tu. Haa macamtu lah dia. 

Okay jom tengok. Satu step je sebab senang gila wahahaha. 


Step 1 : Click 4.0 Drop Courses dan click DROP untuk subjek yang anda tidak mahu. 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAMAT !

Senang gila kannnn 1 step je pastu siap. Haaa tak susah pun. Benda ni korang akan buat sampai semester 5. Kalau lupa, boleh je kalau nak rujuk balik. InshaAllah kami takkan padam posting ni untuk rujukan dan kegunaan masa hadapan. 


Macam biasa jugak, kalau ada apa apa nak tanya, boleh contact AJK PERSIK yang incharge which is nombor dia ada dekat blog ' CARA MENDAFTAR KOS DI STUDENT PORTAL '.

Rajin rajinkan diri pergi kat blog tu sebagai tanda sokongan untuk kitorang jugak tau. Lagi satu, TANYA je tauuu, JANGAN NGORAT !

Okay tu jeeee, jumpa di lain masa di lain blog. Byeeeee <3



CARA MENUKAR GROUP

 

Haiii semua! Jumpa lagi kita hehe. 

Ha blog yang ni pulak nak ajar korang cara nak tukar group which is KELAS

Takpayah bebel banyak lah, kita terus ke step yang pertama okie. 


Step 1 : Click 3.0 Change Group dan click Display Groups pada subjek yang anda mahu tukar.



Step 2 : Click Register selepas memilih kelas anda. 




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


TAMAT !

Ni punn sama jeee macam tukar elektif tadi. 

Apa apa pun, kalau buntu sangat and taktahu nak tanya siapa. Boleh contact AJK PERSIK yang incharge.

Nombor AJK PERSIK tu ada dekat blog ' CARA MENDAFTAR KOS DI STUDENT PORTAL '.

Rajin rajinkan diri untuk tengok blog kami yang lain jugak tau. Taktahu tanya sebab bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Haaaa okay tu jeeee byeeee. 

Jumpa lagi di lain masa dan di blog yang lain. Byeee <3


CARA MENUKAR ELEKTIF

 

Haiii. Tersalah pilih elektif ke? Taktahu macam mana nak tukar? Okay meh sini nak bagitahu. 


So basically tukar elektif ni hanya available untuk kokurikulum dengan subjek bahasa je. Kalau macam untuk kos kita, untuk kokurikulum sahaja tau. 


Okay dah jom tengok cara dia. 


Step 1 : Click 2.0 Change Elective dan click Display Electives.



Step 2 : Click Change untuk subjek yang hendak ditukar dan click Display Groups untuk memilih kelas. 



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAMAT !

Tu jeeee. Nampak je complicated tapi tak pun sebenarnya. Tapi takpe, macam biasa. 

Kalau ada masalah, boleh terus contact AJK PERSIK yang incharge, nanti kami laju laju balas bantu korang okie. 

Psst, nombor AJK PERSIK ada dekat blog ' CARA MENDAFTAR KOS DI STUDENT PORTAL ' tau. Rajin rajinkan diri untuk check blog sebelum ni tau hehehe :p


Sehingga berjumpa lagi di lain masa di lain blog. Byeeee ! <3

CARA MENDAFTAR KOS DI STUDENT PORTAL


Hai Assalamualaikum semua! Haa jumpa lagi dalam blog kalini which is khas untuk part 1 yang baru je habis Minggu Destini Siswa (MDS). Rugiiii tak dapat dengar " Pantas siswa pantas " atau " Pantas siswi pantas " ngehehehe. Tapi takpe, apa apa pun enjoy je belajar dekat rumah okie, jangan stres stres. 


Okay disebabkan Part 1 dah nak masuk belajar, kita sediakan blog khas untuk mahasiswa tentang cara mendaftar kos di Student Portal. 


Ehhhh jap. Dah tahu ke Student Portal tu apa? Taktahu? Okay begini. Student Portal ini adalah satu aplikasi yang menyediakan pelbagai fungsi bagi mengurus hal ehwal pelajar berkaitan kelas, pendaftaran kursus dan semakan keputusan peperiksaan. So kalau apa apa, cari dekat Student Portal je okie. Tak pun ada satu lagi iaitu UFuture tapi yang tu lebih banyak digunakan untuk sesi pembelajaran. 


 Btw, course registration akan berlaku pada setiap semester tau. Jadi, sila alert dengan notis yang akan diberikan. Okay dah jangan buang masa. Jom daftar kos cepat.


Step 1 : Buka pautan

https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN/index.htm 

Step 2 : Isikan student ID, password dan log in. 






Step 3 : Click bahagian e-Academic System di bahagian sebelah kanan Student Portal. 





Step 4 : Click di bahagian Course Registration.




Step 5 : Click 1.0 Register New Courses untuk daftar kos. 




Step 6 : Click Display Groups untuk setiap subjek yang sudah ditetapkan. 




Step 7 : Pilih mana mana kumpulan yang available tetapi WAJIB untuk pilih kelas yang
SAMA kecuali kokurikulum. 

Sebagai contoh, jika anda memilih kelas A, sila pilih kelas A untuk kesemua subjek kecuali kokurikulum. 

Untuk kokurikulum, suka diingatkan untuk pilih code yang mempunyai code A4 sahaja.  




Step 8 : Click Register pada kelas yang available. 





Step 9 : Click 5.0 Generate Bill selepas selesai Register kesemua subjek dan Print Slip untuk rujukan. 




Psst, akan berlakunya sesuatu yang tak dijangka which is kelas yang korang dah pilih sangkut sebab dah penuh. Jangan risau jangan gelabah. Terus contact AJK PERSIK untuk kami bantu. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAMAT! 

Tu jeeeee. Senang kan? Ha semudah ABC orang kata. Kalau korang lost dekat mana mana, rujuk je yang kitorang dah sediakan ni TAPI kalau dah lost sangat, feel free to contact one of our AJK PERSIK. InshaAllah sepantas kilat kami bantu! 

Alisa - 011-36625416  ( Exco Akademik )

So untuk yang terakhir, just nak cakap. Dah daftar subjek ni, pasangkan azam baru untuk dapat dekan setiap semester okie! Serious kalau korang fokus, konfem dekan!

Ni pesanan dari rakan rakan kalian merangkap AJK PERSIK 2021/2022. 

Okay tu jee untuk setakat ni. Kalau korang rasa blog ni berguna, comment dekat bawah okie. Kalau ada apa apa nak tanya pun boleh jee nak comment, inshaAllah akan kami balas.


Jumpa di lain masa di blog yang lain! Byee <3 

Ahad, 5 September 2021

DIPLOMA SAINS MATEMATIK : BELAJAR SUBJEK APA SEMESTER 5?


JENG JENG JENG ! Ni la last post untuk subjek subjek haa. Tapi jangan risau inshaAllah kita akan sentiasa aktif dekat sini okie? Tanpa membuang masa, mari kita bacaaa kerana membaca tu amalan muliaa tak gitu? Ngeh. Btw, ni untuk rujukan okieee. 



👉 ENT300 - FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP

Subjek ini dia more kepada keusahawanan and fokus pasal keusahawanan. Sebagai contoh, kita akan belajar pasal apa itu Entrepreneurship (Theories & Concept of Entrepreneurship), apa ciri-ciri yang perlu ada bagi seseorang usahawan yang berjaya (Entrepreneurial Motivation and Competenceies), jenis-jenis bisnes yang boleh dilaksanakan (Business Entities & Formation) dan banyak lagi. Macam saya cakap, semua melibatkan keusahawanan.

Antara assessment yang bakal pelajar lakukan ialah CASE STUDY, BUSINESS OPPORTUNITY, BUSINESS PLAN dan QUIZ. Case study ni secara individual tau. Kita pilih satu usahawan yang ada dalam malaysia dan perlu cerita background usahawan tu, character usahawan tu, cerita pasal cabaran usahawan dan banyak lagi. Business opportunity pun induvidual jugak. Kita kene buat satu jualan or servis. Tak kesah berniaga online or offline. Lepas dah buat perniagaan tu kene buat satu report berkaitan hasil jualan kita. (jualan kecik-kecik jaaa). Business plan ni grouping. Eleh seronok la tu grouping boleh group dengan crush. Business plan ni kita kena create satu business atau company dalam group dan tulis report berkaitan company kita. Ala-ala ada company macam MEGAH HOLDING ( yang dalam drama tu ) tapi yang penting penulisan report ja. Quiz ni macam test, selalunya multiple choice question. Haa quiz ni individual ek, jangan tiru! Tips untuk subjek ni, banyakkan membaca dan paham. Kalau baca dan paham, takde masalah untuk score, easy peasy lemon squeezy. Gitu.



👉 FIN242 - FUNDAMENTAL OF FINANCE

Subjek FIN ni, dia berkaitan financing. Macam nak jadi akauntan tu. Hah ni la ilmu yang kene ada. Dia ada pengiraan tapi bagi students math takde masalah untuk kiraan. Yang selalu jadi masalah ialah time pelajar nak pahamkan konsep. Tapi sejujurnya, saya sendiri takde background akaun ni. Tapi Alhamdulillah, bila belajar FIN ni terjatuh cinta gitu dengan finance ni. So antara yang akan belajar ialah Financial Analysis, Cash Management, Short-term and Long-term Financing, dan banyak lagi.

Antara assessment yang ada ialah Mid-Term Test, Individual Assessment and Group Assessment. Midterm ni test ni macam biasa, dia selalu Multiple Choice Questions. Ada kiraan semua. Invidual Assessment ni individual la nama pun individu hohoho. Kerja ni pelajar perlu buat report untuk satu company dan anda bayangkan anda sebagai CEO/ Financial Analyst/ Banker/ Shareholder bagi company tu. Report tu berkaitan financial statement bagi company tu. Like kita kaji tahap financial company tu. Masa ni boleh la berangan tengah pegang satu syarikat projek juta juta hoho. Untuk Group Assessment ni Role Play, dia macam kesinambungan individual report tu. So tadi kita akan pilih nak jadi CEO or lain-lain tu. then dan tulis report semua, pastu kene berlakon macam dalam situasi meeting dan cakap berkaitan hasil report yang kita buat tu. Tak kisah anda ada background ke takde ke dalam accounting, anda kalau minat dan rajin, konfem jatuh cinta dengan subjek ni. Trust meeeeeee.

 

👉 ITT270 - DIGITAL ELECTRONICS


Haaa untuk subjek ni kami takdapat apa apa info lagi setakat ni sebab UiTM decide untuk tukar subjek, jadiii kami takde apa apa rumusan berkaitan subjek ni. 

TAPIII ! Jangan risau, lepas je kami tahu apa apa rumusan, auto update dalam ni okay. Stay tuned !


👉 MAT300 - ORDINARY DIFFERENTIAL EQUATIONS 

Subjek ini berkaitan Ordinary Differential Equations (ODE). Lebih kurang macam Addmath dan Calculus cuma jelaslah lagi advance. Nama pun student math, konfem belajar math advance kan. Tapi kalau memang minat math, tak jadi masalah. Formula semua tu hafal macam biasa, sama je formula nya. Antara yang akan belajar ialah Application of First Order Differential Equation (Newton's Law of Cooling, Mixture Problems, Growth and Decay and etc), Higher order differential Equation (Homogenous Equation, Reduction of order and etc),  dan banyak lagi. Yang paling penting dalam subtopik ni ialah First Order Differentiation, memang asas yang ni kena kuat lah dari masa SPM ya.

Antara assessment yang kita akan buat ialah Test 1, Test 2 and Group Assessment. Test 1 dan 2. Untuk subjek ni, multiple choice question jarang ada. Semua jawab macam soalan addmath tu. Ada soalan then tunjuk jalan kira. Lumrah menjawab soalan math. Untuk Group Assessment ni, kita akan dalam satu kumpulan, then akan buat satu project berkaitan application of ODE. Maksudnya apa konsep or method dalam subjek ni yang kita boleh relate kan dengan real life problems. Contoh, Newton's Law of Cooling ini boleh kita apply dalam real life berkaitan kes siasatan mayat. Guna concept Newton ni kita dapat tahu bila masa dia mati. Macam detective Conan tu. Nak kasi contoh yang lagi dalam dia macamni. Kita diminta untuk aplikasikan mana mana subtopik yang kita belajar tu dalam real life situation. Kalau mahu cari mayat orang tu memang agak mustahil jugak lah kan. Jadi kita try pakai mayat cicak ka apa ka kan. Lepastu ambik lah suhu dia, lepastu banding dengan suhu normal cicak. Lepastu kita buat lah differentiation dan last sekali dapatlah waktu cicak tu mati. Sangat menarik. So dah buat project ni, tulis report then present.

Pendapat peribadi, subjek ni kalau memang minat math, tak jadi masalah cuma if takde basic addmath, memang susah. Kene usaha lebih. Senang kata, asas addmath tu kena jadi kacang je dalam diri kita.

 

👉 QMT342 - FUNDAMENTAL OF OPERATIONS RESEARCH

Subjek ni berkaitan RESEARCH. Dia research yang more pada teknik menganalisis satu-satu research yang ingin dibuat. Contoh, ada satu company, dia perlu decide sama ada nak jual barang A ke barang B. So cara dorang nak decide bukan main pilih semberono je, dia boleh guna konsep QMT ni. Subjek ni banyak main dengan graph and table.  Antara yang akan belajar ialah Decision Analysis, Linear Programming Model : Graphical and Computer Methods, Simplex Method and etc.

Antara assessment yang kita akan buat ialah Test 1, Test 2 and Group Project. Test ni selalunya tiada MCQ sebab dia memang main kira-kira n teknik graph semua tu. Macam kene buat Decision Tree ke hah macam tu. Group project pulak. Dalam project ni, kita kene observe satu sistem yang kita akan belajar dalam subjek ni. so kite kene observe sistem tu dalam real life, Then buat report dan present. Macam buat Case Study.

Pendapat peribadi, subjek ni kene paham dari awal. Jangan awal tak paham, dia akan beri kesan ke yang belakang. Dia kene betul-betul paham sebab kita kene kira guna teknik yang dia nak. Tapi macam biasa, kiraan dia kalau kita paham konsep, kiraan dia simple je tambah tolak darab bahagi. Cuma konsep tu kena paham baru kita tahu teknik apa nak guna.

 

👉 STA220 - FUNDAMENTAL OF RESEARCH 

Subjek ni lebih kurang macam  QMT342 sebab dia pun melibatkan research. Cuma dia banyak beza nya. Research QMT more pada teknik menganalisa. Tapi untuk STA220, dia more kepada how to conduct a research. paham tak? Contoh, kita nak buat research berkaitan level of unemployment rate in Malaysia. So, macam mana kita nak mula research? Siapa yang akan terlibat dalam research kita? Apa method yang kita nak gunakan untuk dapatkan data? Lahh macam cikgu pulak explain ni. Ni semua kita akan dapat jawab bila belajar subjek ni. Antara yang kita akan belajar ialah Research Process, Research Design, Sampling process and technique, Method of Data Collection and etc.

Antara assessment yang kita akan buat ialah Quiz, Test and Group Project. Quiz dengan test kebanyakkan semua adalah MCQ sebab kita akan belajar fakta, so memerlukan pemahaman yang tinggi untuk score dalam Quiz and Test. Group project ni kita kene jalankan satu research project. Kita kene buat report and present sahaja. Tak perlu conduct real punya research. Tapi dia memerlukan kita untuk banyak membaca article. Nama pun buat research, so kene banyak baca article. Kita kene cari dalam 15 article berkaitan topik research yang kita nak buat tu. Pastu dah paham, buat report dan present. Report ni macam langkah-langkah yang kita akan buat untuk jalankan research ni.

Pendapat peribadi, subjek ni perlu rajin membaca sebab takde langsung KIRAAN. Saya ulang TIADA KIRAAN LANGSUNG. Semua membaca dan fakta. So kene rajin ye.

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapat saya pasal semester 5 ni dalam suasana odl memang agak mencabar. Effort yang kita bagi tu kena lebih dari effort kelas face to face and paling penting kita kena gerak sendiri instead of harapkan lecturer arah buat itu, buat ini. Nasihat saya untuk semua pelajar, tidak kira dah amik kos ini atau pun belum. Nasihat saya jangan terlampau dengar kata senior or orang luar bila dorang kata subjek ni susah, subjek tu subjek killer, kene buat report tebal-tebal. Nasihat saya, DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN. Sebab apa, pilihlah mana-mana kos sekalipun, tiada yang sampai graduate semua subjek senang. MUSTAHIL. Apa yang penting, MINAT. Saya ulang, MINAT sangat perlu ada dalam setiap apa yang kita buat termasuk pilih kos yang kita nak belajar. Sebab dengan minat, datanglah sesusah mana pun subjek tu, anda akan sentiasa bermotivasi untuk belajar even susah. So, utamakan minat. Yang penting, jangan bertangguh lama sangat. Sekali kerja tu berlonggok banyak sangat, memang habislaa. Kesimpulannya, odl ni buat saja semua on time, berdikari dan jangan skip kelas. 


Kita jumpaa next blog pula ya? Banyak dah ni membebel. Extra sikit kita kasi sebab last semester kan. All out bebetul okie. So, sehingga berjumpa lagi di lain masa. 

Pergi pasar membeli ikan,

ikan habis. 

Okay byee semuaaa! <3 


DIPLOMA SAINS MATEMATIK : BELAJAR SUBJEK APA SEMESTER 4?


Assalamualaikum korang! Sihat kee? Macam mana dengan kehidupan? Covid pun positive, korang jangan nak negative negative pulak eh mindset. Biar negative covid. Wahahaha jom sambung baca subjek apa belajar waktu semester 4.

Btw. Nah untuk rujukan korang okay semester 4 belajar apa. 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


👉 CSC253 – INTERACTIVE MULTIMEDIA

Since sekarang odl ja memanjang. Interactive multimedia merupakan satu subjek yang chill and relax ja. Banyak benda baru. Like how to edit gambar guna photoshop, how to edit audio and etc. So, bila masa lapang bolehla kita mengasah skill mengedit kita. Mana tahu boleh kita guna untuk masa hadapan. Kelas CSC253 ni dijalankan melalui goggle classroom. Setiap kali kelas, lecturer akan post video baru sekali dengan attendance. So, sepanjang kelas student hanya perlu tengok video yang diberikan. Kelas sangat santai, tak ada stress pun.

Subjek ni takde final paper pun. Sebab subjek elective. Credit hour tak tinggi. Basically, subjek ni tak sama langsung macam C++, jangan salah faham okay? Takde coding, jangan risau hahahahaha. Trauma ke tu? Subjek ni pun takde pape kena hafal pun. Sebab banyak fokuskan dengan editing kan. Kalau untuk assessment pulak, more to mcq dengan subjektif pastu ada sikit soalan struktur. Begitulah.

 

👉 ITS232 – INTRODUCTION TO DATABASE MANAGEMENT SYSTEMS

Subjek yang berkaitan tentang database sesebuah sistem yang mana subjek ini harus diberikan penekanan yang lebih oleh mahasiswa kerana subjek ini sedikit rumit dan banyak perkara yang harus diketahui dan difahami oleh mahasiswa. Selain itu, di dalam subjek ini mahasiswa akan belajar bagaimana susun atur sesebuah database, mahasiswa juga akan memepelajari cara untuk melakar Entity Relationship Diagram (ERD).

TAPI HAHAHA subjek ni macam C++. Jumpa lagi kita. Jangan risauuu. Rumit SIKIT dari C++. Ngehehehe. Sebab apa rumit? Sebab banyak teori dan praktikal yang nak kena fahamkan. Subjek ni mostly orang tak suka sebab kena guna software. And subjek ni jugak kena simpan space untuk laptop nanti. Secara mudahnya, subjek ni belajar macam mana nak simpan database dengan baik dan teratur supaya dapat jadi record untuk future nanti. Yang penting FOKUS okey!!

 

👉 MAT263 – LINEAR ALGEBRA I

Subjek yang tidak jauh berbeza dengan matapelajaran di sekolah menengah dahulu tetapi ada sikit tambahan perkara yang lebih mengenai subjek ini berbanding subjek di sekolah menengah. Subjek ini memfokuskan tentang linear algebra yang mana di dalam subjek ini mahasiswa dapat mempelajari cara-cara untuk menyelesaikan matrices dalam pelbagai formula dan cara antaranya ialah gauss jordan elimination, gaussian determinant dan pelbagai lagi.

Subjek ni boleh kata 90% focus dekat matrices. Yang masa kita belajar kat sekolah menengah tu, tu semua basic je. Kalini kita belajar lagi mendalam. Subjek ni susah sikit  nak faham secara teori. Better fahamkan je konsep dia memang macamtu pastu proceed. Jangan tanya kenapa dia gitu. Hahahaha. Untuk assessment pulak, ada 2 kali test lepastu final and macam biasa la ada group assignment pastu group presentation.

 

👉 MAT272 – INTRODUCTION TO MECHANICS

Subjek ini tidak jauh berbeza dengan subjek fizik di sekolah menengah, bagi pelajar yang mengambil fizik ini akan memudahkan pelajar untuk memahami subjek ini , tetapi bagi yang tidak mengambil fizik di sekolah menengah ianya tidak sukar untuk difahami kerana subjek ini hanya memerlukan sedikit kefahaman dan latihan untuk menguasai subjek ini. Di dalam subjek ini mahasiswa akan mempelajari tentang newton law yang di dalamnya pelajar akan mengetahui tentang halaju pecutan sesaran dan gravity.

Siapa yang nak ambik engineering memang kena mahir gila bab ni. Advantage lebih sikit untuk siapa yang ambik fizik dulu sebab semua repeat balik je ha gitu benda benda mekanikal dalam suatu objek. Untuk assessment pulak ada 2 test and 1 group assignment. Pengalaman ambik subjek ni, sekali dah lost, tolong la cepat catch up kalau tak ha lost sampai kesudah. Taknak repeat kan? Jangan lost.

 

👉 MGT162 – FUNDAMENTAL OF MANAGEMENT

Subjek ini ialah salah satu subjek elective yang diambil oleh mahasiswa CS143 ketika berada di semester 4, subjek ini banyak menekankan tentang teori dalam pengurusan yang dimana di dalam subjek ini mahasiswa akan mempelajari banyak cara-cara pengurusan dan cara-cara untuk menjadi leader yang baik dan mahasiswa juga akan mengkaji tentang pengurusan sesebuah syarikat yang sudah sedia ada di Malaysia.

Subjek ni teori je banyak. Takde apa apa kiraan. Kena banyak membaca dan memiliki akal yang waras fuhh ayat hahaha. Sebab semua benda dalam subjek ni common. Fokus utama subjek ni adalah untuk dalam organisasi. Untuk assessment, ada satu individual task, group assignment, presentation and last sekalii ada quiz.

 

👉 STA210 – STATISTICAL METHODS

Subjek ini berkaitan dengan statistic yang mana subjek ini juga harus diberi penekanan yang lebih dari mahasiswa kerana subjek ini memerlukan kefahaman yang tinggi untuk membezakan maklumat dalam soalan situasi soalan tersebut kerana di dalam subjek ini mahasiswa akan mempelajari beberapa method di dalam statistic yang di mana setiap method mempunyai formula yang tersendiri, jadi mahasiswa harus tahu dan faham cara untuk membezakan setiap formula yang ingin digunakan bagi setiap jalan penyelesaian.

Students lain cakap, subjek ni paling gila untuk majoriti students. Sebab dia banyak gila formula nak kena hafal. Cuma kalini subtopik fokus lebih kepada sambungan STA210. Cuma lebih ke arah buat hipotesis dan sebagainya. Assessment dia ada 2 test dan satu group assignment. Subjek ni kena fokus dari awal tauu sebab susahh dan memeningkan weh. Tapi subjek ni best teruks. So enjoy your subject!


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis la semester 4 kitaa. Overall agak agak susah tak? Hahahaha. Jangan risau la. Ni dari students lain. Mana tahu korang lagi power boleh adapt dengan semua subjek even susah, tak gitu? Haaa kondifen tu penting okey. Yang penting, banyak kali dah cakap. Keep focus. Orait tak orait? Kalau orait, mantap. Kalau tak orait, oraitkan jugak pastu mantap. Hahaha okay sampai sini je. Byeeeee! 

DIPLOMA SAINS MATEMATIK : BELAJAR SUBJEK APA SEMESTER 3?


Haii assalamualaikum semuaaa. Haaa sekali ni kita baca untuk semester 3 pulak? Siapa yang baru nak masuk semester 3? SAYA LA TU HAHAHAHA. Okay jom jangan buang masa. Macam biasooo, rujukan kaliannn <3 Enjoy!


👉 CTU211 – SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM

Macam nama subjek ni sendiri, dalam subjek ni kita akan banyak belajar tentang sains dan teknologi dalam islam, kejadian alam yang melibatkan sains dan islam. Kita jugak akan belajar tentang kepentingan syariah pada masa sekarang sebagai contoh kaedah Fiqh yang digunapakai dalam menetapkan sesuatu hukum pada zaman sains dan teknologi sekarang. Subjek ni kena banyak menghafal dan memerlukan kefahaman yang tinggi untuk skor, jadi dalam kelas CTU211 ni kena focus and kalau boleh buat notes sendiri untuk permudahkan kerja.

Kalau dari segi assessment pulak, subjek ni akan ada final exam and subjek ni jugak ada beberapa test dan quiz yang korang akan tempuh. Untuk assignment pulak akan ada 2 assignment. Assignment first adalah tentang kefahaman ayat Al-quran dan yang kedua pasal kajian daripada kes yang korang dapat. Jangan risau kedua-dua assignment ni grouping assignment so takdelaa susah sangat boleh sama2 buat dengan kawan-kawan hehehe. So far subject CTU211 ni tak susah pun nak skor kalau korang focus dalam kelas, banyak menghafal and buat betul betul untuk semua assignment.

 



👉 ELC231 – INTEGRATED LANGUAGE SKILLS III

Untuk pengetahuan korang, semester 3 ni adalah last semester untuk student belajar ELC. Dalam 3 semester belajar ELC, bagi saya ELC231 ni yang paling susah sekali. Haa dalam BM takboleh ada paling dengan sekali en? Ha kami letak nak bagitahu susah dia cane hahahaha takdelah gurau. Dalam subjek ni korang akan banyak belajar tentang writing and mostly assessment dia pun untuk semester ni pun writing. Subjek ni banyak jugak assessment korang kena buat and korang kena skor betul-betul every assessment sebab subjek ni takde final paper. Antara assessment yang korang kena buat ialah writing assignment macam evaluative commentary. Korang jugak akan ada presentation which is korang kena present sinopsis dan moral-moral yang korang boleh dapat daripada movie yang korang akan pilih. Kalau test pulak korang akan buat beberapa test iaitu essay test dan reading test. So subjek ni antara subjek yang agak susah dan mencabar untuk semester ni sebab assessment dia banyak and susah.

 


👉 MAT222 – MATHEMATICAL LOGIC AND PROVING TECHNIQUES

Bagi saya subjek ni subjek yang paling saya suka and memang sangat-sangat best. Dalam subjek ni korang akan belajar untuk guna beberapa solving technique dalam Matematik untuk menyelesaikan sesuatu algebraic equations. So dari awal sampai habis subjek ni memang kebanyakannya korang akan belajar tentang technique yang ada dalam silibus. So subjek ni tips dia korang kena sentiasa buat latihan untuk mantapkan lagi kefahaman korang dalam penggunaan teknik-teknik tersebut.

Subjek ni korang akan ada beberapa assessment. First assessment is pairing assignment which is korang kena selesaikan beberapa soalan yang dah disediakan. Korang jugak akan ada beberapa test and subjek ni ada final. Kesimpulannya subjek ni agak mudah untuk korang skor atleast korang kena buat banyak latihan and faham setiap teknik.


👉 STA150 – PROBABILITY AND STATISTICS

Bagi saya subject ni subjek paling mencabar untuk semester 3. Untuk subjek ni korang akan banyak belajar benda-benda yang korang tak pernah belajar sebelum ni. Contohnya korang akan belajar distribution baru and kebanyakannya menggunakan formula yang agak susah.

Assessment yang korang akan tempuh dalam subjek ni, korang akan ada beberapa test dan quiz dan korang jugak kena buat video presentation untuk pairing assignment serta akan ada grouping assignment. Subjek ni akan ada final exam yang meliputi tajuk dari awal pembelajaran. So bagi saya subjek ni sangat susah untuk skor and subjek ni jugak kebanyakan student akan failed. So untuk subjek ni korang kena betul-betul faham dan banyakkan latihan untuk skor.

 


👉 MAT233 – CALCULUS II

Macam korang belajar dalam semester lepas, subjek MAT233 ni adalah sambungan bagi calculus 1. Dalam subjek ni korang akan banyak menggunakan teknik pembezaan dan pengamiran serta korang jugak akan banyak belajar tentang sudut. Selain itu MAT233 ni jugak korang akan belajar benda-benda baru dalam trigonometri contohnya arctan, arcsin dan etc. Dalam subjek ni ada satu tajuk yang korang kena betul-betul fokus kalau nak faham which is tajuk series.

Assignment yang saya pernah buat waktu saya belajar MAT233 ada 2. Dan kedua kedua assignment itu adalah secara berkumpulan. Untuk assignment, kami ditugaskan untuk buat maple lab berkaitan topik 3, 4,5. Lecturer kami memberikan soalan berkaitan topik tersebut dan kami perlu selesaikan ia dan sertakan jalan kira bagi setiap soalan.

Secara peribadinya, bagi saya subjek ini pada mulanya nampak mudah tapi bila dah masuk topik 3 dan ke atas semakin sukar. Tambahan pula bila pembelajaran secara ODL agak mencabar namun pensyarah kami sangat membantu andai ada soalan yang kami kurang jelas. Subjek ini juga memerlukan latihan yang berkala supaya kita dapat menguasainya dengan baik.


Pesanan saya untuk para pelajar baru adalah jangan takut untuk sahut cabaran dan percayalah kalau kita berusaha dengan baik, kita dapat tempuhi segala masalah dan mencapai kejayaan. Jadi, saya harap kita janganlah mudah putus asa kerana percayalah detik sukar ini tak lama pun. Biarlah susah sekarang asalkan senang di kemudian hari.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haa macam mana dengan sharing harini? Best ke best sangat? Haa ni special tau untuk students yang nak masuk semester 3. Tapii kalau yang lain nak tahu dulu pun takde hal la. Persediaan awal orang kata. Yang nak masuk semester 3 nanti, goodluck dari PERSIK okie? Semoga berjumpa lagi nanti. Baiiiiii <3

Khamis, 26 Ogos 2021

DIPLOMA SAINS MATEMATIK : BELAJAR SUBJEK APA SEMESTER 2?

 

Kembali kita dalam blog yang sama tapi lain topik! Semester 2? Belajar apa? Lagi susah ke?
Takutnyaaa nak masuk semester 2. 

Sabar sabar, kita kupaskan satu satu setiap subjek yang ada dalam semester 2 ni okay?

Jap sebelum tu dekat bawah ni, dah attachkan subjek yang korang belajar masa semester 2 tau, untuk rujukan ngehehe. 



Okay dah settle bab tu. Jom kita start dengan setiap subjek. 


👉 CTU152  - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 

 

Untuk semester kedua subjek ini akan lebih fokus kepada peradaban dan tamadun islam. Subjek ni merupakan subjek teras yang perlu diambil oleh semua pelajar beragama Islam. Sama macam semester 1, subjek agama Islam tapi lain topik. Data ni dari 2020 tau, kitorang tak pasti kalau kalau dah ada pertukaran dari segi konteks silibus atau dari segi lain, kalau dah tukar, comment kat bawah tau. Boleh kitorang update baru supaya sentiasa fresh untuk student student yang nak masuk course ni. 

 Dalam subjek ni, ada 3 tugasan yang korang kena siapkan and ada 1 jeee final exam which dalam anggaran week 14 macam tu. Tak susah sebab semua pun dah belajar, cuma kita refresh balik jee. 

Okay yang pertama ni kertas kerja which is secara berkumpulan tau. Tajuk assignment kita tu pulak bergantung dengan lecturer masing masing, kalau macam kitorang, ustazah yang tetapkan. Kena pula masa itu kumpulan kami dapat tajuk Cabaran Sekularisme. Bagi kami tajuk itu agak sukar sebab banyak pendapat yang kami lihat. Jadi kami sukar untuk membuat keputusan. Tapi dengan jasa baik ustazah yang ajar kami, jadi kami dapat menyiapkan tugas tersebut.

Yang kedua pun sama jugak dalam kumpulan, selalunya ahli kumpulan yang sama dengan kertas kerja. Untuk analisis ayat sama je macam kertas kerja dekat atas, beza dia yang kertas kerja dekat atas tu pilih tajuk dari apa yang kita belajar, analisis ayat ni pulak ustazah bagi pilihan untuk kita pilih dan kaji pasal ayat tu.

Ketiga ni ada kena buat video sikit la, video presentation. Biasalah dah pandemik ni, video je la mampu hantar untuk assignment. Tapi kalau ustaz/ustazah korang kasi nak buat live presentation pun boleh je tau. Untuk pembentangan video kami perlu membentangkan tajuk kertas kerja kami dan dinilai oleh ustazah sendiri.

Last sekali yang final exam, test. Untuk test ni pulak jawab online jugak, biasanya dalam google form. Sekali je dalam satu sem tu jawab test. Tapi sebab subjek ni kan berkaitan kehidupan kita jugak so takde susah mana pun.

 

👉 ELC151 - INTEGRATED LANGUAGE SKILLS II 

 

Subjek ni merupakan subjek teras dan wajib diambil oleh para pelajar. Sebenarnya ia lebih kurang sama dengan apa yang kita belajar semasa semester 1 tetapi ada kelainan sedikit. Seingat saya, penilaian dia lebih kurang sama je dengan ELC yang sebelum ni. Cuma ada sedikit tambahan. Walaupun kelas secara online, kelas ELC ini adalah kelas untuk kami semua hilangkan stress sebab pensyarah kami amatlah baik. Subjek ELC ini secara tak langsung melatih kita untuk bersedia menghadapi MUET. Subjek ini pun tidaklah memberi tekanan yang kuat cuma ia melatih diri kita untuk menonjolkan diri dan bercakap dalam bahasa inggeris.

Assessment yang ada dalam subjek ini ialah Listening Test, Personal Reading Log, Speaking Test dan Reading Test.

Untuk Listening Test, ini lebih kepada menguji pendengaran kita sama ada kita peka atau tidak. Malah ada soalan yang perlu dijawab melalui penilaian ini.

Personal Reading Log, penilaian ini ada 2 set soalan yang perlu dijawab. Pensyarah akan memberi cerita pendek atau karangan. Jadi daripada itu kita perlu ringkaskan berdasarkan soalan yang akan diberi serta mengikut kefahaman kita. Jangan risau,pastinya pensyarah akan memberikan tunjuk ajar kepada kita cara untuk menjawab PRL itu nanti.

Untuk Speaking Test pulak, penilaian ini dijalankan secara berkumpulan. Disebabkan kami ODL jadi kami menggunakan medium Whatsapp untuk membuat penilaian ini.

Last sekali ada Reading Test. Penilaian ini adalah seperti kita menjawab soalan COMPREHENSION semasa SPM dulu.

 



👉 CSC128 - FUNDAMENTAL OF COMPUTER PROBLEM SOLVING 

 

AWAS,SUBJEK WAJIB SCORE! Untuk subjek ni, boleh disimpulkan yang kita akan belajar adalah cara-cara untuk buat “programming” dengan menggunakan software C++ sahaja. Kepada mereka yang mengambil aliran SAINS KOMPUTER semasa di sekolah menengah amatlah bertuah. Sebab apa? Mereka sekurang-kurangnya dah terbiasa untuk buat “coding” dan mengenali beberapa fungsi bahasa yang digunakan untuk subjek ini. Tetapi pada mereka yang tidak mengambil aliran ini jangan mudah mengalah walaupun pada awalnya agak tercengang. Sekiranya chapter 2 belum faham lagi, agak susah untuk ke topik seterusnya kerana semua topik berkaitan. Jadi perlahan-lahan untuk fahamkan konsep programming ini. Pada mulanya memang agak keliru sekiranya pelajar tidak pernah menggunakan C++ atau tidak pernah belajar subjek sains computer di sekolah dahulu. Seperti saya, saya pun ‘struggle’ untuk memahaminya jadi sentiasa rujuk pensyarah atau tanya pada rakan-rakan.

Pensyarah kami selalu akan memberikan video serta tunjuk ajar agar kami faham subjek tersebut.Malah, beliau juga tidak lupa untuk memberikan latihan di akhir pembelajaran agar kami mempraktikkannya. Walaupun kadang-kadang bila semangat buat coding tiba masanya nak RUN ada keluar ERROR. Boleh hilang mood tu. YANG PENTING, JANGAN MUDAH MENGALAH!! Rajinkan diri untuk bertanya kawan dan pensyarah kita. Subjek ini nak lulus senang, tapi kena rajin buat latihan coding supaya kita tahu fungsi dan di mana kesalahan kita.

Assessment yang ada dalam subjek ni ada tiga. Mini Project, Test dengan Quiz.

Mini Project ni apa? Project Proposal. Untuk assignment ini, dalam kumpulan, kami perlu membuat satu proposal untuk mencipta satu program servis bagi memudahkan manusia. Untuk kumpulan saya, kami membuat satu program iaitu ‘Library Booking System’. Sistem ini untuk kegunaan pensyarah dan pelajar untuk menempah kemudahan yang ada bagi sesi pembelajaran. Bagi menyiapkan assignment ini, kami perlu menggunakan segala ajaran yang telah diajar oleh pensyarah kami.

Quiz ni macam biasa. Ikut pada lecturer jugak, kadang kadang ada mcq kadang kadang takde. Tapi mostly suruh buat full C++.

Test ni pun sekali je sepanjang sem, yang lain banyak quiz je. Tapi test ni bagitahu awal awal memang tak cukup masa hahaha. Tapi kalau buat tu jangan risau dah tulisan, habiskan je soalan.

 

👉 ECO12 - PRINCIPLE OF ECONOMY 

 


Jangan terkejut! Ambil sains matematik tapi kenapa belajar ekonomi? Subjek ini adalah subjek yang melibatkan diri kita untuk membaca. Sebab apa saya kata begitu sebab subjek ini kalau nak faham dengan lebih mendalam memang kena baca. Sesiapa yang ulat buku tu mesti suka. Banyak tak banyak la topik dia. Huish!! Mengeluh habis bila tahu topik banyak ni. Bukan setakat itu je bukunya pun tebal tau. Sebab ekonomi ni banyak topik yang kita nak kena belajar. Siapa yang suka tentang perkembangan ekonomi mesti suka sebab banyak ilmu yang akan dikupas dan secara tak langsung juga banyak pengetahuan yang kita perolehi.

Untuk subjek ni juga ada assignment yang perlu dibuat. Assignment yang perlu disiapkan adalah berbentuk video dan laporan ekonomi terhadap sesebuah negara. Masa itu pula kumpulan saya dapat tajuk negara United States. Huish dapat pulak tajuk negara antarabangsa yang hebat dalam ekonomi dunia memang kena banyakkan membaca demi sesuap  isi pada laporan nanti. Akan tetapi nak score subjek ini adalah sangat mudah tapi kena rajin. Rajin dari segi apa? Okay korang kena rajinkan diri buat soalan sem-sem lepas.Sebab bentuk soalan dia lebih kurang sama. Jangan risau subjek ini kita akan belajar asas dan teori sahaja kalau rajin buat latihan inshaallah boleh score.

Assessment yang ada dalam subjek ni ialah Video Presentation, Report Presentation dan Test.

Report Presentation ni, tajuk telah diberikan oleh pensyarah kami. Tajuk yang diberikan merupakan daripada tajuk yang telah kami belajar. Tajuk bagi video presentation dan report adalah sama.

Video presentation pulak sama je macam report tapi diolah dalam bentuk video. Direkod sahaja dan takde pun presentation secara online. So chill chill je. Yang penting, rajin membaca.

Test ni sama macam yang lain jugak. Ada mcq dengan struktur.

 

👉 ACC106 - INTRODUCTION TO FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING 

 


Ehh kenapa tiba-tiba kena belajar akaun ni! Sudahlah lama saya tinggalkan akaun ni, seingat saya kali terakhir saya belajar subjek ini adalah masa tingkatan 3 dulu. Itupun masih keliru mana kredit, mana debit. hehehe. Okay kita lupakan tentang itu, kita buka lembaran baru dengan usaha yang baru. Untuk subjek ini, kita perlu memahami konsep asas bagi memudahkan kita untuk faham apabila masuk ke chapter seterusnya.

Tapi bila fikir balik betapa bersyukurnya kepada mereka yang mengambil aliran akaun sewaktu SPM dulu. Sebab apa saya kata begitu sebab mereka ini sudah mengenali topik-topik ini. Jadi bagi mereka adalah semudah kacang hijau je ni nak lulus subjek ini. Oops! Kita jangan mudah mengalah! Kita pun boleh lulus sama seperti mereka. Bagi yang tidak pernah ambik subjek ni, perlu focus betul-betul apabila diajar oleh pensyarah agar tidak ketinggalan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memahaminya.

Assessment yang ada dalam subjek ni Quiz, test dengan Project.

Quiz ni ikut pensyarah jugak, kadang ikut bab, kadang ada yang saja saja buat quiz ikut yang mana topik yang tak berapa paham.

Test ni macam biasa, ada struktur ada mcq. Yang paling nak kena focus dengan SOFP SOPL sebab banyak markah kat situ. Sama macam CSC128 tadi, biar je tulisan tu, balance tak balance belakang kira! HAHAHAHA 

Untuk project ni bagi lah dapat markah penuh. InshaAllah boleh. Assignment untuk subjek ini adalah secara berkumpulan. Di mana kami dikehendaki untuk membuat satu laporan akaun bagi sesebuah syarikat. Alhamdulillah dengan kerjasama ahli kumpulan kami dapat harungi cabaran menyiapkannya dengan baik. Jangan risau subjek ini senang nak lulus, banyakkan buat latihan dan rujuklah kawan-kawan. Yakin pada diri bahawa kamu boleh buat.




👉 MAT183 - CALCULUS I 


Ramai orang kata subjek ini susah. Dengar je perkataan CALCULUS, mengeluh. Jangan dengar cakap orang, dalam hidup ini kalau nak berjaya memang banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Subjek ini adalah sambungan dari subjek Precalculus. Apabila berada di semester 2 kita akan belajar Calculus I. Untuk subjek ini ada 5 bab, nampak sedikit. Tapi dia mempunyai anak-anak yang banyak yang terkandung pada setiap bab. FUHH!!

Assessment yang ada dalam subjek ini ada tiga je, Video Presentation, Lab Report Assignment dengan Test.

Video presentation ni biasanya dalam chapter differentiation dengan integration. Dekat youtube pun banyak je kalau nak buat rujukan. Tapiiii rujukan je eh, rujukan jeeee.

Lab report assignment. Yang ni pulak nanti lecturer kasi satu task la macamtu lepastu kita kena selesaikan guna aplikasi macam Symbolab.

Test pulak macam biasee, soalan macam addmath biaseeeee, jawab pastu hantorrr settle.

Boleh disimpulkan Calculus ini adalah seperti Matematik Tambahan semasa di sekolah menengah.   Jangan takut !! Ia tidak susah seperti yang anda fikirkan. Jika anda rajin buat latihan ataupun soalan sem-sem lepas. Saya boleh jamin anda akan lulus malah boleh dapat A+ nanti.  Jangan mudah putus asa, teruskan usaha dan jangan lupa berdoa pada tuhan agar dilapangkan minda kita untuk menerima ilmu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadiii, habislaaa topik kita untuk kalini iaitu untuk semester 2. Haa korang ada nak tanya apa apa ke? Kalau ada comment je kat bawah. Nanti kitorang balas. 

Last but not least, masuk semester 2 ni kalau online jugak, sejujurnya kalau untuk sendiri memang koyak mental. Tapii, jangan jadikan alasan tau korang takboleh fokus ke apa. Take a good rest. Takpe jeee nak rehat sekejap, taknak tengok buku sehari. Jangan paksa diri sebab kita taknak la korang stress haaaa nanti effect dekat markah exam. Just focus and stay hydrated. Asal otak jem je, minum air tau. Air masak! Haaaaa gitu. Goodluck untuk semester 2! Enjoy your Diploma life okie? Sehingga kita berjumpa lagi di lain blog. Byeeee semuaaa!

Selasa, 24 Ogos 2021

DIPLOMA SAINS MATEMATIK : BELAJAR SUBJEK APA SEMESTER 1?




Hai semuaaa! Jumpa lagi kita dalam blog ni. In Shaa Allah kita cuba explain satu per satu tentang Diploma Sains Matematik ni. 

Korang sihat? Haaa musim musim Covid ni jaga diri tau. Takpayah keluar rumah kalau takde urusan penting. Kita jaga kita gitu. 


Mesti korang tertanya-tanya setiap nama subject ni belajar apa? Kenapa ada yang tak pernah dengar pun? Nama macam susah jee.

Meh PERSIK tolong jawabkan persoalan yang bermain dalam minda korang. Kita mulakan dengan semester 1 dulu okay?

By the way, tinjauan ini dijawab oleh 2 mahasiswa yang berbeza tetapi kita gabungkan jadi satu supaya senang untuk baca okay? Okay jom.

 

Basically untuk semester 1, subjek yang diambil oleh semua mahasiswa adalah 5 subjek tidak termasuk kokurikulum. Kami sertakan setiap nama kod subjek supaya korang boleh buat rujukan okay?



👉 CTU101 – FUNDAMENTAL OF ISLAM

Ha kalau dah awal awal pun nama berkaitan dengan Islam, mestilah belajar pasal Islam kan? Jom tengok intipati dalam subjek ni.

Perkara yang saya belajar dari subjek CTU101 ni berkaitan Tasawwur Islam, Akidah Sejahtera Ummah Bahagia, Indahnya Hidup Bersyariat, Ibadah Membina Insan Berkualiti dan juga Akhlak dalam Perkembangan Masyarakat Islam Kontemporari.

Platform yang digunakan semasa ODL dirumah ialah platform Google Classroom iaitu tempat mendapat tugas dan juga assignment, Telegram untuk komunikasi dan Google Meet untuk setiap kali sesi kelas. Tapi bergantung juga tau dengan pensyarah masing-masing.

Tugas untuk CTU 101 ialah pada mulanya setiap pelajar perlu menghafal Surah Yaasin dari ayat 1 hingga ayat 20 secara individu, assignment secara berkumpulan iaitu berkaitan tajuk yang kita pelajari dalam silibus dan juga tugas akhir analisis hadis.

Kesimpulannya  untuk subjek ni tak sesusah mana sebab kita dah tahu asas berkaitan Islam. 


👉 ELC121 – INTEGRATED LANGUAGE SKILLS I

Nama macam gempak kan? Tapi belajar Bahasa Inggeris macam sekolah dulu. Cuma kalini macam lebih senang.

Dalam subjek ini mengandungi Part of Speech, Speaking, Listening, Skimming and Scanning, Articles, Contextual Clues, Cohesive Devices, Opinions and Closing Strategies, Pronunciation, Word Stress, Summary, Paraphrase, Simple Present Tense dan Present Continuous Tense. 

Walaupun nampak seperti banyak tapi semua ini akan mengajar kita cara membaca, bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan lebih efektif. Seperti pronunciation, speaking dan word stress yang mengajar kita cara menyebut ayat-ayat yang segelintir pelajar keliru cara menyebutnya.

Macam dah bagitahu dekat atas tadi, bergantung kepada lecturer nak guna platform apa. Kalau macam kitorang, kitorang guna Whatsapp group, Google Classroom dengan Zoom.

Assignment yang ada dalam subjek ni ada roleplay, LIRA, speaking test, listening test dan reading test. Ada yang secara individu dan ada juga secara berkumpulan. Overall subjek ni memang boleh nak score sebab kita dah belajar dari sekolah rendah. Focus tau, sebab nanti korang nak ambik MUET, belajarlah baik baik. Jangan takut nak tanya lecturer sebab lecturer baik baik dekat UiTM ni. 


👉MAT123 – FOUNDATION OF GEOMETRY

Ha nama dah geometri. Apa yang korang fikir pasal geometri? Bentuk? Luas? Isipadu? Betul la tu apa yang korang fikir.


Subjek ni salah satu subjek yang favourite sebab boleh score. Dalam subjek ni saya belajar berkaitan lines and angles, polygon, angles of triangle, quadrilateral, circle, solid geometry dan juga application of geometry . Semua topik ni kita boleh skor sebab kita belajar balik topik yang diajar semasa waktu Form 4 dan Form 5. Kita akan memahami tentang cara mengira luas dan isipadu sesebuah geometry dengan lebih mendalam. Dan subjek ini juga membolehkan kita mengira isipadu sesebuah bangunan dan keluasan sesebuah tapak.

Assignment untuk MAT123 ni saya dapat assignment secara berkumpulan, dimana perlu membuat report dan juga video berkaitan dengan application of geometry yang ada di sekeliling kita.

Kalau taktahu tanya je tau. Malu bertanya sesat jalan orang kata. Sebab subjek ni boleh tahan senang nak score, jadi jangan sia-siakan okay?


👉MAT133 – PRE CALCULUS

Haaa yang ni boleh tahan jugak orang takut dengar nama Calculus ni. Sabar, ni baru Pre Calculus. Permulaan untuk subjek Calculus.


Basically subject Calculus ni lebih kurang macam Addmath je tapi belajar lebih mendalam la macamtu. InshaAllah kalau korang dah mahir subjek Addmath, mesti boleh buat. Tapi kalau yang tak mahir sangat, kalau focus masa study bab ni kan, serious boleh jawab jugak.

Coordinates, Graphs and Lines, Functions, System of Equations and Inequalities dan Trigonometry. Ni tajuk yang korang akan belajar nanti. Dalam coordinates, graphs and lines, kita akan belajar mengenali jenis-jenis nombor dan graf dalam calculus. Kita juga akan belajar mengira titik-titik koordinat dalam sebuah plane atau graph. Functions pula kita akan belajar cara operations on function, solutions to equations dan logarithmatic and exponential functions dan juga transformation of graphs. System of equations and inequalities. Dalam bab ini kita akan belajar tentang sistem equations seperti system of linear equations dan system of non-linear equations. Dalam sistem inequalities kita akan mengetahui cara membuat graph inequalities dan mencari kawasan yang perlu dilorek. Akhir sekali, Trigonometry. Dalam bab ini pula kita akan belajar dengan lebih mendalam tentang sin, cos dan tan seperti circular measures dan graphs of trigonometric function.

Platform yang kitorang guna untuk subjek ni pulak Whatsapp, Google Meet tapi sekali je pernah hahaha lepastu Google Classroom untuk tengok bahan bahan yang pensyarah bekalkan. Jangan gelabah belajar math online.

Semua assesment secara individu mengikut plan assessment yang diberikan oleh pensyarah, contohnya assessment yang kena guna DESMOS, nanti korang belajar benda tu apa. Lepastu ada yang kena buat dalam group jugak.


👉STA111 – FUNDAMENTAL OF STATISTICS


Haa kalau berkaitan statistic mesti korang fikir pasal carta pie, carta palang and so on. Yes, belajar benda tu and ada lagi tajuk tajuk lain. Tapi korang jangan fikir STA111 ni kira kira data je tau, ada TEORI. Kena hafal sebab banyak jugak dia punya bahagian bahagian. Takpayah hafal pun takpe, fahamkan. Nanti mesti auto tahu nak jawab apa sebab dah faham. Sama jugak, lebih kurang macam addmath form 5, kira kira varians, standard deviation apa semua tu.

Subjek ini pun mempunyai beberapa bab iaitu Data, Describing Data Using Tables and Graphs, Numerical Descriptive Statistics dan Index Number. Subjek ini memfokuskan kepada cara membaca graf dan mengira dari data yang telah kita dapat dari graf tersebut. Kita juga akan mengetahui tentang graf-graf yang berbeza dan cara menggunakan graf tersebut. Ia juga memberi kita ilmu cara membuat graf dari data yang kita ada.

Platform yang digunakan oleh pensyarah untuk subjek ni Google Classroom, Whatsapp group dan juga Google Meet untuk bincang soalan dan assignment.

Tugas assignment yang dapat ialah tugasan individu dan juga berkumpulan. Contohnya macam korang kena buat survey untuk sekian sekian tajuk yang korang pilih and buat report. Simple je don’t worry okay peeps. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pendapat saya , semasa semester 1, subjek yang dipelajari tak terlalu susah kerana ada subjek yang kita ulang balik belajar dari sekolah menengah dan perasaan semasa semester 1 tu kita masih seronok dan mempunyai azam yang tinggi jadi , semangat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk semester 1 tu tinggi . Paling penting kena rajin. Jadi bagi saya semester 1 tiada masalah dan seronok belajar secara ODL dirumah walaupun kami tak berjumpa di dunia nyata hanya berjumpa di alam maya sahaja. Itu merupakan satu pengalaman yang lain daripada lain.

Untuk pelajar -pelajar baru yang nak ambik kos ni, jangan risau sebab kos ni sangat senang dan seronok untuk pelajar yang suka akan kira-kira sebab kebanyakkan dalam kos ni semua pasal number dan juga kod kod istimewa, jadi berseronoklah jika ambik kos ni! In Shaa Allah boleh skor. Kalau gagal itu biasa, terus berusaha itu baru luar biasa! Jadi don't give up walaupun apa yang terjadi. Teruskan usaha anda untuk menjadi pelajar yang terbaik.

Assignments jangan last minute. Cuba cari masa untuk buat assignments yang lecturer bagi. Jangan juga lupa bertanya kalau tidak faham. Bak kata pepatah malu bertanya, sesat jalan.

So setakat itu jeee untuk semester 1. Goodluck and jangan cepat give up tau walaupun belajar online. Doakan kita semua dapat masuk kolej dan jumpa kawan kawan supaya boleh belajar sama sama.

 -------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okay setakat tu jeee untuk kalini. Membantu tak untuk korang yang baru nak join Diploma Sains Matematik ni? Korang boleh balas tauu dekat comment tu. Nak tanya apa apa soalan pun boleh jeee. Nanti kita balas satu satu untuk korang. In Shaa Allah mudahkan urusan korang jugak supaya korang tak nervous nak masuk semester 1 nanti. Jumpa lagi nantiii byeeeee :)

CARA DROP COURSE