Haii assalamualaikum semuaaa. Haaa sekali ni kita baca untuk semester 3 pulak? Siapa yang baru nak masuk semester 3? SAYA LA TU HAHAHAHA. Okay jom jangan buang masa. Macam biasooo, rujukan kaliannn <3 Enjoy!
👉 CTU211 – SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM
Macam nama subjek ni sendiri, dalam subjek ni kita akan
banyak belajar tentang sains dan teknologi dalam islam, kejadian alam yang
melibatkan sains dan islam. Kita jugak akan belajar tentang kepentingan syariah
pada masa sekarang sebagai contoh kaedah Fiqh yang digunapakai dalam menetapkan
sesuatu hukum pada zaman sains dan teknologi sekarang. Subjek ni kena banyak
menghafal dan memerlukan kefahaman yang tinggi untuk skor, jadi dalam kelas
CTU211 ni kena focus and kalau boleh buat notes sendiri untuk permudahkan
kerja.
Kalau dari segi assessment pulak, subjek ni akan ada final exam and subjek ni jugak
ada beberapa test dan quiz yang korang akan tempuh. Untuk assignment pulak akan
ada 2 assignment. Assignment first adalah tentang kefahaman ayat Al-quran dan
yang kedua pasal kajian daripada kes yang korang dapat. Jangan risau kedua-dua
assignment ni grouping assignment so takdelaa susah sangat boleh sama2 buat
dengan kawan-kawan hehehe. So far subject CTU211 ni tak susah pun nak skor kalau
korang focus dalam kelas, banyak menghafal and buat betul betul untuk semua assignment.
👉 ELC231 – INTEGRATED LANGUAGE SKILLS III
Untuk pengetahuan korang, semester 3 ni adalah last semester
untuk student belajar ELC. Dalam 3 semester belajar ELC, bagi saya ELC231 ni yang
paling susah sekali. Haa dalam BM takboleh ada paling dengan sekali en? Ha kami letak nak bagitahu susah dia cane hahahaha takdelah gurau. Dalam subjek ni korang akan banyak belajar tentang writing
and mostly assessment dia pun untuk semester ni pun writing. Subjek ni banyak
jugak assessment korang kena buat and korang kena skor betul-betul every
assessment sebab subjek ni takde final paper. Antara assessment yang korang
kena buat ialah writing assignment macam evaluative commentary. Korang jugak
akan ada presentation which is korang kena present sinopsis dan moral-moral
yang korang boleh dapat daripada movie yang korang akan pilih. Kalau test pulak
korang akan buat beberapa test iaitu essay test dan reading test. So subjek ni
antara subjek yang agak susah dan mencabar untuk semester ni sebab assessment
dia banyak and susah.
👉 MAT222 – MATHEMATICAL LOGIC AND PROVING TECHNIQUES
Bagi saya subjek ni subjek yang paling saya suka and memang
sangat-sangat best. Dalam subjek ni korang akan belajar untuk guna beberapa
solving technique dalam Matematik untuk menyelesaikan sesuatu algebraic
equations. So dari awal sampai habis subjek ni memang kebanyakannya korang
akan belajar tentang technique yang ada dalam silibus. So subjek ni tips dia
korang kena sentiasa buat latihan untuk mantapkan lagi kefahaman korang dalam
penggunaan teknik-teknik tersebut.
Subjek ni korang akan ada beberapa assessment. First
assessment is pairing assignment which is korang kena selesaikan beberapa
soalan yang dah disediakan. Korang jugak akan ada beberapa test and subjek ni
ada final. Kesimpulannya subjek ni agak mudah untuk korang skor atleast korang
kena buat banyak latihan and faham setiap teknik.
👉 STA150 – PROBABILITY AND STATISTICS
Bagi saya subject ni subjek paling mencabar untuk semester
3. Untuk subjek ni korang akan banyak belajar benda-benda yang korang tak
pernah belajar sebelum ni. Contohnya korang akan belajar
distribution baru and kebanyakannya menggunakan formula yang agak
susah.
Assessment yang korang akan tempuh dalam subjek ni, korang
akan ada beberapa test dan quiz dan korang jugak kena buat video presentation untuk
pairing assignment serta akan ada grouping assignment. Subjek ni akan ada final
exam yang meliputi tajuk dari awal pembelajaran. So bagi saya subjek ni sangat
susah untuk skor and subjek ni jugak kebanyakan student akan failed. So untuk
subjek ni korang kena betul-betul faham dan banyakkan latihan untuk skor.
👉 MAT233 – CALCULUS II
Macam korang belajar dalam semester lepas, subjek MAT233 ni
adalah sambungan bagi calculus 1. Dalam subjek ni korang akan banyak
menggunakan teknik pembezaan dan pengamiran serta korang jugak akan banyak
belajar tentang sudut. Selain itu MAT233 ni jugak korang akan belajar
benda-benda baru dalam trigonometri contohnya arctan, arcsin dan etc. Dalam
subjek ni ada satu tajuk yang korang kena betul-betul fokus kalau nak faham
which is tajuk series.
Assignment yang saya pernah buat waktu saya belajar MAT233
ada 2. Dan kedua kedua assignment itu adalah secara berkumpulan. Untuk
assignment, kami ditugaskan untuk buat maple lab berkaitan topik 3, 4,5.
Lecturer kami memberikan soalan berkaitan topik tersebut dan kami perlu
selesaikan ia dan sertakan jalan kira bagi setiap soalan.
Secara peribadinya, bagi saya subjek ini pada mulanya nampak mudah tapi bila dah masuk topik 3 dan ke atas semakin sukar. Tambahan pula bila pembelajaran secara ODL agak mencabar namun pensyarah kami sangat membantu andai ada soalan yang kami kurang jelas. Subjek ini juga memerlukan latihan yang berkala supaya kita dapat menguasainya dengan baik.
Pesanan saya untuk para pelajar baru adalah jangan takut
untuk sahut cabaran dan percayalah kalau kita berusaha dengan baik, kita dapat
tempuhi segala masalah dan mencapai kejayaan. Jadi, saya harap kita janganlah
mudah putus asa kerana percayalah detik sukar ini tak lama pun. Biarlah susah
sekarang asalkan senang di kemudian hari.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haa macam mana dengan sharing harini? Best ke best sangat? Haa ni special tau untuk students yang nak masuk semester 3. Tapii kalau yang lain nak tahu dulu pun takde hal la. Persediaan awal orang kata. Yang nak masuk semester 3 nanti, goodluck dari PERSIK okie? Semoga berjumpa lagi nanti. Baiiiiii <3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan