Isnin, 31 Mei 2021

DIPLOMA SAINS MATEMATIK : KERJAYA GRADUAN CS143


•APA KERJAYA UNTUK LEPASAN DIPLOMA SAINS MATEMATIK NI?

• KOS NI KERJA DIA MEMANG DALAM JURUSAN MATH JE KE?

•SUSAH KE NAK DAPAT PELUANG PEKERJAAN UNTUK KOS NI?



Ha, ni lah antara soalan-soalan popular yang selalu student tanya.

Semangatnya semua nak kerja ye.

***

So, dalam Blog Persik ni juga kami akan terangkan serba sedikit mengenai kerjaya bagi Diploma Sains Matematik. Semoga dapat bantu pelajar untuk lebih faham ye, terutamanya kepada pelajar baru.

Bidang kerjaya untuk kos ni Math je ke?
Jawapannya tidak. Kita boleh je ye untuk kerja selain bidang math. Tapi, peluang untuk dapat kerjaya berkaitan dengan math ni lebih luas. Ye lah, da nama pun graduan pelajar jurusan math kan.

Susah ke nak dapat kerja untuk kos ni?
InsyaAllah tak, semuanya bergantung atas usaha diri sendiri. Kalau nakkan sesuatu kena ada usaha sbb "Usaha Tangga Kejayaan".
Hehe

Soalan yang paling popular setakat ni ialah apa kerjaya untuk graduan diploma sains matematik ni? Aduh. 


Sebenarnya kami pun susah nak cakap sebab macam-macam boleh jadi. Ramai juga graduan yang kerja diluar bidang. 
Tapi takpe kami akan jawab juga persoalan ini.

Untuk pengetahuan semua, Diploma Sains Matematik merupakan satu jurusan yang sangat fun ye. Dengar je "Sains Matematik" mesti dlm fikiran belajar sains atau math kan? 
Salah. Kos ni bukannya study abt math je ye. Apa lagi kalau sains. 
Dlm kos ni kita akan belajar mengenai Multimedia, Database, Ekonomi, Akaun dan macam-macam lagi. Kalau korg nak tau lagi abt silibus pmbljaran boleh gi cek dekat senarai nama kursus yang kami dah sediakan. Okay?

Dengan ilmu yang kita dapat peroleh dari pengajian di bawah kos CS143 ni, antara bidang kerjaya yang kita boleh ceburi ialah pembantu penyelidik, tenaga pengajar(tutor), pembantu pegawai dalam sektor kewangan, pembantu pegawai dalam sektor perbankan, pembantu pegawai dalam sektor pemasaran, pembantu pegawai dalam sektor pengurusan, pembantu pegawai dalam sektor pendidikan dan banyak lagi.
 Menarik bukan?

Bidang-bidang kerjaya yang disenaraikan mempunyai asas-asas pengetahuan yang pelajar CS143 dah pelajari semasa tempoh pengajian. Sebagai contoh, pegawai dalam sektor pengurusan. Pelajar kos ni ada belajar mengenai Principles of Economics dan Fundamental of Management. Sekurang-kurangnya graduan mempunyai asas pengetahuan yang cukup untuk memohon pekerjaan di bidang pengurusan. Ada siapa yang berminat?

***
Info Tambahan:

  • Untuk tenaga pengajar. Kenapa kami letak tutor dan bukannya guru?
Bukannya pelajar kos ni tak boleh jadi guru, tapi untuk menjadi seorang guru, student kena sambung belajar dulu ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ha, kena belajar dulu. Selepas tu, baru pelajar boleh memohon kursus DPLI (Diploma Pengrusan Lepasan Ijazah) untuk jadi seorang guru bagi sekolah menengah.


  • Kenapa hanya jadi pembantu pengawai? Kenapa tak boleh jadi pegawai?
Untuk lepasan diploma, jawatan yang layak disandang hanya berada pada tahap pembantu pegawai sahaja. Sekiranya ingin menjadi pegawai, pelajar perlu melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda (Degree). Lepas ada Degree, then boleh jadi seorang pegawai.😉


13 ulasan:

  1. Untuk program CS143 ni ada ke intern?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Intern untuk program CS143 ni tiada. Kebiasaannya students akan sambung ke degree dan di degree baru akan intern untuk program yang diambil.

      Padam
  2. Terbaikk...banyak info dapat dari sini

    BalasPadam
  3. terbaik. terima kasih info 👍🏻❤️

    BalasPadam
  4. luas jugak skop kerja program ni. mantap mantap

    BalasPadam
  5. Wow terbaik lah info ni. Terima kasih banyak-banyak!

    BalasPadam
  6. Kalau habis diploma ni,selalunya time degree pelajar cs143 join course apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya akan join course seperti sarjana muda matematik pengurusan, sarjana muda matematik dan banyak lagi.

      Padam
  7. Waaa bestnya program ni. Terima kasih atas info yang bermanfaat ni ✨✨

    BalasPadam

CARA DROP COURSE