JENG JENG JENG ! Ni la last post untuk subjek subjek haa. Tapi jangan risau inshaAllah kita akan sentiasa aktif dekat sini okie? Tanpa membuang masa, mari kita bacaaa kerana membaca tu amalan muliaa tak gitu? Ngeh. Btw, ni untuk rujukan okieee.
👉 ENT300 - FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP
Subjek ini dia more kepada keusahawanan and fokus
pasal keusahawanan. Sebagai contoh, kita akan belajar pasal apa itu
Entrepreneurship (Theories & Concept of Entrepreneurship), apa ciri-ciri
yang perlu ada bagi seseorang usahawan yang berjaya (Entrepreneurial Motivation
and Competenceies), jenis-jenis bisnes yang boleh dilaksanakan (Business
Entities & Formation) dan banyak lagi. Macam saya cakap, semua melibatkan
keusahawanan.
Antara assessment yang bakal pelajar lakukan
ialah CASE STUDY, BUSINESS OPPORTUNITY, BUSINESS PLAN dan QUIZ. Case study ni
secara individual tau. Kita pilih satu usahawan yang ada dalam malaysia dan
perlu cerita background usahawan tu, character usahawan tu, cerita pasal
cabaran usahawan dan banyak lagi. Business opportunity pun induvidual jugak. Kita
kene buat satu jualan or servis. Tak kesah berniaga online or offline. Lepas dah
buat perniagaan tu kene buat satu report berkaitan hasil jualan kita. (jualan
kecik-kecik jaaa). Business plan ni grouping. Eleh seronok la tu grouping boleh
group dengan crush. Business plan ni kita kena create satu business atau
company dalam group dan tulis report berkaitan company kita. Ala-ala ada
company macam MEGAH HOLDING ( yang dalam drama tu ) tapi yang penting penulisan
report ja. Quiz ni macam test, selalunya multiple choice question. Haa quiz ni
individual ek, jangan tiru! Tips untuk subjek ni, banyakkan membaca dan paham.
Kalau baca dan paham, takde masalah untuk score, easy peasy lemon squeezy.
Gitu.

👉 FIN242 - FUNDAMENTAL OF FINANCE
Subjek FIN ni, dia berkaitan financing. Macam
nak jadi akauntan tu. Hah ni la ilmu yang kene ada. Dia ada pengiraan tapi bagi
students math takde masalah untuk kiraan. Yang selalu jadi masalah ialah time
pelajar nak pahamkan konsep. Tapi sejujurnya, saya sendiri takde background
akaun ni. Tapi Alhamdulillah, bila belajar FIN ni terjatuh cinta gitu dengan
finance ni. So antara yang akan belajar ialah Financial Analysis, Cash
Management, Short-term and Long-term Financing, dan banyak lagi.
Antara assessment yang ada ialah Mid-Term
Test, Individual Assessment and Group Assessment. Midterm ni test ni macam
biasa, dia selalu Multiple Choice Questions. Ada kiraan semua. Invidual
Assessment ni individual la nama pun individu hohoho. Kerja ni pelajar perlu
buat report untuk satu company dan anda bayangkan anda sebagai CEO/ Financial
Analyst/ Banker/ Shareholder bagi company tu. Report tu berkaitan financial
statement bagi company tu. Like kita kaji tahap financial company tu. Masa ni
boleh la berangan tengah pegang satu syarikat projek juta juta hoho. Untuk Group
Assessment ni Role Play, dia macam kesinambungan individual report tu. So tadi
kita akan pilih nak jadi CEO or lain-lain tu. then dan tulis report semua,
pastu kene berlakon macam dalam situasi meeting dan cakap berkaitan hasil
report yang kita buat tu. Tak kisah anda ada background ke takde ke dalam
accounting, anda kalau minat dan rajin, konfem jatuh cinta dengan subjek ni.
Trust meeeeeee.
👉 ITT270 - DIGITAL ELECTRONICS
Haaa untuk subjek ni kami takdapat apa apa info lagi setakat ni sebab UiTM decide untuk tukar subjek, jadiii kami takde apa apa rumusan berkaitan subjek ni.
TAPIII ! Jangan risau, lepas je kami tahu apa apa rumusan, auto update dalam ni okay. Stay tuned !
👉 MAT300 - ORDINARY DIFFERENTIAL EQUATIONS
Subjek ini berkaitan Ordinary Differential Equations
(ODE). Lebih kurang macam Addmath dan Calculus cuma jelaslah lagi advance. Nama
pun student math, konfem belajar math advance kan. Tapi kalau memang minat
math, tak jadi masalah. Formula semua tu hafal macam biasa, sama je formula
nya. Antara yang akan belajar ialah Application of First Order Differential
Equation (Newton's Law of Cooling, Mixture Problems, Growth and Decay and etc),
Higher order differential Equation (Homogenous Equation, Reduction of order and
etc), dan banyak lagi. Yang paling
penting dalam subtopik ni ialah First Order Differentiation, memang asas yang
ni kena kuat lah dari masa SPM ya.
Antara assessment yang kita akan buat ialah Test 1,
Test 2 and Group Assessment. Test 1 dan 2. Untuk subjek ni, multiple choice question
jarang ada. Semua jawab macam soalan addmath tu. Ada soalan then tunjuk jalan
kira. Lumrah menjawab soalan math. Untuk Group Assessment ni, kita akan dalam
satu kumpulan, then akan buat satu project berkaitan application of ODE.
Maksudnya apa konsep or method dalam subjek ni yang kita boleh relate kan
dengan real life problems. Contoh, Newton's Law of Cooling ini boleh kita apply
dalam real life berkaitan kes siasatan mayat. Guna concept Newton ni kita dapat
tahu bila masa dia mati. Macam detective Conan tu. Nak kasi contoh yang lagi
dalam dia macamni. Kita diminta untuk aplikasikan mana mana subtopik yang kita
belajar tu dalam real life situation. Kalau mahu cari mayat orang tu memang
agak mustahil jugak lah kan. Jadi kita try pakai mayat cicak ka apa ka kan.
Lepastu ambik lah suhu dia, lepastu banding dengan suhu normal cicak. Lepastu
kita buat lah differentiation dan last sekali dapatlah waktu cicak tu mati. Sangat
menarik. So dah buat project ni, tulis report then present.
Pendapat peribadi, subjek ni kalau memang minat math,
tak jadi masalah cuma if takde basic addmath, memang susah. Kene usaha lebih. Senang
kata, asas addmath tu kena jadi kacang je dalam diri kita.
👉 QMT342 - FUNDAMENTAL OF OPERATIONS RESEARCH
Subjek ni berkaitan RESEARCH. Dia research yang more
pada teknik menganalisis satu-satu research yang ingin dibuat. Contoh, ada satu
company, dia perlu decide sama ada nak jual barang A ke barang B. So cara
dorang nak decide bukan main pilih semberono je, dia boleh guna konsep QMT ni.
Subjek ni banyak main dengan graph and table.
Antara yang akan belajar ialah Decision Analysis, Linear Programming
Model : Graphical and Computer Methods, Simplex Method and etc.
Antara assessment yang kita akan buat ialah Test 1,
Test 2 and Group Project. Test ni selalunya tiada MCQ sebab dia memang main kira-kira
n teknik graph semua tu. Macam kene buat Decision Tree ke hah macam tu. Group
project pulak. Dalam project ni, kita kene observe satu sistem yang kita akan
belajar dalam subjek ni. so kite kene observe sistem tu dalam real life, Then
buat report dan present. Macam buat Case Study.
Pendapat peribadi, subjek ni kene paham dari awal. Jangan
awal tak paham, dia akan beri kesan ke yang belakang. Dia kene betul-betul
paham sebab kita kene kira guna teknik yang dia nak. Tapi macam biasa, kiraan
dia kalau kita paham konsep, kiraan dia simple je tambah tolak darab bahagi.
Cuma konsep tu kena paham baru kita tahu teknik apa nak guna.
👉 STA220 - FUNDAMENTAL OF RESEARCH
Subjek ni lebih kurang macam QMT342 sebab dia pun melibatkan research.
Cuma dia banyak beza nya. Research QMT more pada teknik menganalisa. Tapi untuk
STA220, dia more kepada how to conduct a research. paham tak? Contoh, kita nak
buat research berkaitan level of unemployment rate in Malaysia. So, macam mana
kita nak mula research? Siapa yang akan terlibat dalam research kita? Apa
method yang kita nak gunakan untuk dapatkan data? Lahh macam cikgu pulak explain ni. Ni semua kita akan dapat
jawab bila belajar subjek ni. Antara yang kita akan belajar ialah Research
Process, Research Design, Sampling process and technique, Method of Data Collection
and etc.
Antara assessment yang kita akan buat ialah Quiz,
Test and Group Project. Quiz dengan test kebanyakkan semua adalah MCQ sebab
kita akan belajar fakta, so memerlukan pemahaman yang tinggi untuk score dalam
Quiz and Test. Group project ni kita kene jalankan satu research project. Kita
kene buat report and present sahaja. Tak perlu conduct real punya research.
Tapi dia memerlukan kita untuk banyak membaca article. Nama pun buat research,
so kene banyak baca article. Kita kene cari dalam 15 article berkaitan topik
research yang kita nak buat tu. Pastu dah paham, buat report dan present.
Report ni macam langkah-langkah yang kita akan buat untuk jalankan research ni.
Pendapat peribadi, subjek ni perlu rajin membaca
sebab takde langsung KIRAAN. Saya ulang TIADA KIRAAN LANGSUNG. Semua membaca
dan fakta. So kene rajin ye.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pendapat saya pasal semester 5 ni dalam suasana odl memang
agak mencabar. Effort yang kita bagi tu kena lebih dari effort kelas face to
face and paling penting kita kena gerak sendiri instead of harapkan lecturer
arah buat itu, buat ini. Nasihat saya untuk semua pelajar, tidak kira dah amik
kos ini atau pun belum. Nasihat saya jangan terlampau dengar kata senior or
orang luar bila dorang kata subjek ni susah, subjek tu subjek killer, kene buat
report tebal-tebal. Nasihat saya, DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN. Sebab apa,
pilihlah mana-mana kos sekalipun, tiada yang sampai graduate semua subjek
senang. MUSTAHIL. Apa yang penting, MINAT. Saya ulang, MINAT sangat perlu ada
dalam setiap apa yang kita buat termasuk pilih kos yang kita nak belajar. Sebab
dengan minat, datanglah sesusah mana pun subjek tu, anda akan sentiasa
bermotivasi untuk belajar even susah. So, utamakan minat. Yang penting, jangan
bertangguh lama sangat. Sekali kerja tu berlonggok banyak sangat, memang
habislaa. Kesimpulannya, odl ni buat saja semua on time, berdikari dan jangan
skip kelas.
Kita jumpaa next blog pula ya? Banyak dah ni membebel. Extra sikit kita kasi sebab last semester kan. All out bebetul okie. So, sehingga berjumpa lagi di lain masa.
Pergi pasar membeli ikan,
ikan habis.
Okay byee semuaaa! <3