Rabu, 2 Jun 2021

DIPLOMA SAINS MATEMATIK : TAHU ATAU TIDAK ?


Pengenalan 



Video pendek bangunan FSKM
    



    Tahu kah anda Diploma Sains Matematik merupakan sebuah program pengajian di Universiti Teknologi MARA?

               Ya, program ini dilaksanakan di lima cawangan UiTM seluruh Malaysia.

Di bahagian utara, terdapat 3 buah kampus iaitu UiTM Perlis Kampus Arau, UiTM Kedah Kampus Sungai Petani dan UiTM Perak Kampus Tapah.

Selain itu, program ini juga dilaksanakan di sebuah kampus di bahagian selatan iaitu UiTM Johor Kampus Segamat manakala terdapat UiTM Kelantan Kampus Machang di bahagian pantai timur pula.

➺Program ini merupakan sebuah program diploma yang terletak di bawah Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM). Diploma Sains Matematik ini juga dikenali dengan kod programnya iaitu CS143.

➺Mesti tertanya-tanya, berapa lamakah program pengajian ni ?
Program ini merupakan program 5 semester yang mengambil tempoh pengajian selama 2 tahun 4 bulan.

➺Risau syarat kelayakan terlalu tinggi? Jom kita tengok susah atau senang untuk melepasi syarat kelayakan program pengajian ini. ;)

Untuk memohon program ni, calon mestilah melepasi syarat kemasukan serta memenuhi syarat am universiti dan syarat khas CS143.




Syarat-syarat am universiti ialah calon wajib lulus SPM dengan mendapat kepujian untuk 3 subjek termasuk Bahasa Melayu dan calon perlu lulus sejarah.

Bagi syarat-syarat khas untuk program ini ialan calon mestilah mendapat minimum kepujian dalam subjek matematik, matematik tambahan, bahasa inggeris serta mendapat kepujian dalam salah satu subjek elektif iaitu sama ada fizik, kimia, biologi, sains atau sains tambahan.

Atau syarat kelayakan lain adalah dengan lulus Sains Pra-Diploma (PD008) dari UiTM.


Additional info about this course:

Course ini dulu dikenali sebagai Diploma Sains Kuantitatif (CS113).




         

          

24 ulasan:

  1. Terima kasih atas infonya 🤩 Nak tanya, untuk dapat dekan berapa yang pointer untuk uitm?

    BalasPadam
  2. Kalau nak dapat status dekan, berapa ye pointer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3.5 dan ke atas Anugerah dekan. Kalau maintain setiap sem 3.5 ke atas, anda akan menerima anugerah naib Canselor ;)

      Padam
  3. WAHHHHH NICEE INFOOOO 🤩🤩🤩

    BalasPadam
  4. WAHHHHH NICEE INFOOOO 🤩🤩🤩

    BalasPadam
  5. wahhh terima kasih info ni. sangat membantuu 👍🏻😉

    BalasPadam
  6. Info yang sangat bagus untuk pelajar lepasan spm👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  7. Info yang sangat bagus untuk pelajar lepasan spm👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  8. Wah. Terima kasih atas info yang bermanfaat ini.

    BalasPadam
  9. menarik !! mudah untuk fahaman student lepasan spm yang mencari course yang sesuai dgn mereka

    BalasPadam
  10. good info! thankyou

    BalasPadam
  11. Waa menariknya info ni. Thankyou ❤️

    BalasPadam

CARA DROP COURSE